Full Width CSS

[Video] Nak Dapatkan Rawatan Perubatan Di Amerika Kena Kaya Dulu #KekalBN #BetterNation


Ini kisah yang benar-benar berlaku di Amerika Syarikat. Seorang lelaki warga emas di sini mempunyai masalah kesihatan yang serius.

Apabila merujuk masalah kesihatannya ke hospital, beliau perlu membayar terlebih dahulu fee sebelum bertemu doktor. Doktor pula ada pelbagai jenis sama ada biasa atau up sikit atau pakar. Kalau ada perlindungan insurans peribadi, hal kewangan tak menjadi masalah.
Apa yang dilakukan warga emas ini selepas itu adalah beliau telah merancang dengan rapi dan pergi ke sebuah bank pada awal pagi. Kemudian beliau ke kaunter dan mengeluarkan nota tertulis ;

"Ini adalah rompakan, sila berikan saya 1 dollar."

Wanita yang menjaga kaunter tersebut terperanjat serta ketakutan dan memberi wang yang diminta. Selepas mendapatkan wang, lelaki warga emas tersebut duduk menunggu di situ sehingga pihak Polis sampai dan menahannya.

Akhirnya beliau didapati bersalah kerana melakukan pemerasan ugut terhadap pekerja kaunter tersebut dan dipenjara. Di penjara, beliau berjaya mendapatkan rawatan percuma untuk penyakit seriusnya itu.

Begitu tragik kisah bagaimana warganegara terpaksa mendapatkan rawatan di negara sendiri. Di Malaysia, kita hanya perlu membayar RM 1 untuk pelbagai jenis rawatan dan kadang-kadang tak perlu bayar apa-apa kos tambahan yang lain. Selebihnya dibayar oleh kerajaan atau ditanggung sebagai subsidi.

Kutuk-kutuk negara sendiri tapi negara sendiri jauh lebih baik sebenarnya.

Post a Comment

1 Comments

  1. Buruk Malaysia di mata rakyatnya tetapi tidak pada warga asing

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..