Full Width CSS

Pembedahan Katarak Di MAIWP Serendah RM108 Jer #NegarakuMalaysia #KekalNajib



Semalam Perdana Menteri DS Najib Razak menyinggah di Pusat Pembedahan Katarak MAIWP - Hospital Selayang di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Dengan dana zakat sebanyak RM9.8 juta, pusat ini dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan canggih dan terkini.

Tujuan utama diwujudkan pusat ini adalah bagi menampung bilangan pesakit yang tinggi untuk menjalani pembedahan di Hospital Selayang dan pesakit ketarak terpaksa menunggu untuk tempoh yang sangat lama sehingga setahun.

Untuk info, pusat ini wujud hasil kerjasama strategik NBOS antara MAIWP dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pihak Hospital Selayang menyediakan tenaga-tenaga pakar bagi memberikan perkhidmatan perubatan kepada pesakit di sini.

Kini pesakit tak perlu bersesak dan waktu menunggu lebih singkat. Kos perubatan hanya serendah RM103. Terima kasih kerajaan menyediakan pusat perkhidmatan kesihatan yang terbaik untuk rakyat.


Post a Comment

0 Comments