Full Width CSS

Terima Kasih PM @NajibRazak Teruskan BR1M Buat Rakyat Malaysia - Razlan Rafii


Kenyataan Media
Datuk Mohd Razlan Rafii
Ketua Pemuda UMNO Barisan Nasional
Wilayah Persekutuan


1. Hari ini agihan pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dimasukkan ke dalam akaun bank rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan. Umum ketahui bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi BR1M kepada semua yang layak, tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang politik. Malah, mereka yang telah menerima bantuan kebajikan sedia ada juga diberi bantuan BR1M.

2. Lebih membanggakan lagi adalah sikap konsisten kerajaan BN dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak yang telah membelanjakan secara keseluruhannya, dari tahun 2012 sehingga 2017, sebanyak RM25.62 billion kepada penerima BR1M.

Pada tahun 2018 pula, dijangka lebih 7.2 juta penerima akan menerima manfaat BR1M dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion.
3. Ini secara keseluruhanya bantuan BR1M yang diberi oleh kerajaan sudah berjumlah hampir RM 32 Billion ringgit. Ini menunjukkan bahawa ekonomi negara yang diurus oleh kerajaan adalah cekap dan efisien sekaligus menjadikan ekonomi kita berada pada landasan yang baik.

4. Ini berbeza dengan fitnah parti serta pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa konon-nya ekonomi kita berada pada landasan yang tidak baik, malah Malaysia akan bankrap tidak lama lagi kerana ekonomi negara tidak diuruskan dengan baik. Jika ekonomi kita tidak diuruskan dengan baik, mana mungkin sejak 2012 hampir RM 32 billion dibelanjakan untuk BR1M sahaja?

5. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri. Ini kerana sudah banyak polisi serta program yang dilaksanakan oleh kerajaan yang memberikan manfaat yang begitu banyak sekali kepada rakyat Malaysia. Bukan sahaja BR1M, malah perjanjian - perjanjian tol lama yang berat sebelah juga kini sudah dihapuskan sekaligus mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

6. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah menunjukkan "exemplary leadership" dengan terus konsisten dalam polisi - polisi Pro - Rakyat seperi BR1M yang membawa banyak manfaat kepada penerima. Saya berharap BR1M ini akan diteruskan selepas PRU - 14 kerana ia terbukti efektif dalam memberi bantuan kepada golongan yang disasarkan.

Terima Kasih

Post a Comment

0 Comments