Full Width CSS

Mursyidul Am PAS Gesa Madey Segera Dekatkan Diri Pada Allah


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya bertaubat dan kembali ke jalan Allah selepas melakukan pelbagai kesilapan yang menyinggung perasaan ramai pihak selama ini.

Utusan Malaysia, dalam laporannya memetik Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin sebagai berkata, zaman Tun Dr. Mahathir sudah lama berlalu dan Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP itu sepatutnya sedar mengenainya dan tidak perlu lagi mengejar jawatan Perdana Menteri.
Dalam masa sama, Hashim juga menasihatkan Tun Dr. Mahathir supaya berhenti menyinggung dan menyakiti perasaan sesiapa sahaja.

“Zaman beliau (Dr. Mahathir) sudah berakhir dan ini masanya untuk Dr. Mahathir kembali dekat dengan Allah. Banyak kesilapan Dr. Mahathir dengan manusia dan Allah selama ini.

“Sepatutnya Dr. Mahathir dekat dengan Allah daripada terus menumpukan urusan duniawi,” katana dipetik Utusan Malaysia.

Post a Comment

1 Comments

  1. Sungguh angkoh dan sombong dia ni.
    Mana dia tahu, Tun Mahadir tidak mendekatkan dirinya kepada ALLAH....??????

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..