Full Width CSS

PKR & DAP Naikkan Cukai Negeri Untuk Tampung Kerja Politik - Isham Jalil


Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil, berkata kenaikan cukai rumah dan hartanah secara mendadak di Selangor dan Pulau Pinang sejak tahun 2008 adalah untuk menampung perbelanjaan politik ahli politik PKR dan DAP di negeri-negeri tersebut.

Isham berkata, "Mengikut data kes SPRM, terdapat peningkatan kes-kes rasuah di negeri Selangor dan Pulau Pinang sejak 10 tahun kebelakangan ini sejajar dengan peningkatan mendadak hasil cukai dan perbelanjaan kerajaan negeri."
"Akibatnya rakyat ditekan untuk bayar cukai hartanah serta harga rumah yang melambung tinggi di Selangor dan Pulau Pinang akibat kautan cukai negeri yang tinggi ini.

Tambahnya lagi, apabila kerajaan Pakatan naikkan cukai rumah dan hartanah dengan mendadak, mereka juga telah naikkan gaji dan elaun mereka sendiri sehingga gaji MB Selangor kini lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri.

Isham berkata beliau musykil bagaimana MB Selangor boleh naikkan gajinya sendiri dahulu ketika kes rasuah meningkat dan pelbagai masalah asas membayangi kerajaan negeri Pakatan seperti masalah air, sampah sarap dan perumahan mampu milik yang masih gagal diselesaikan.

Saya rasa gaji MB Selangor perlu diturunkan sekurang-kurangnya sehingga masalah-masalah asas ini diselesaikan," kata Isham ketika ditemubual oleh portal berita KL Express di sini, pagi ini.
"Elaun penjawat awam di Selangor mungkin boleh dinaikkan, namun gaji MB perlu diturunkan ke paras yang lebih munasabah. Kita mahu berkhidmat untuk rakyat, bukannya untuk kayakan diri sendiri," katanya lagi

Post a Comment

0 Comments