Full Width CSS

PM Rasmikan Pangkalan Udara Terbesar Di Malaysia #TUDM #BetterNation #NegarakuMalaysia


Akhirnya tertutup mulut dan terbeliak mata puak² yang selama merasakan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan pemerintah hari ini, dianggap sebagai hal yang tidak menguntungkan rakyat. Ditambah lagi apabila perkara melibatkan badan kerajaan dan beruniform ini dijadikan bahan dan isu politik oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebagai contoh, isu melibatkan perpindahan keluar aset Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dari Pangkalan Udara (PU) Sg. Besi yang ditutup untuk dibangunkan Bandar Malaysia kelak dikatakan tidak ada gantiannya. Perkara ini bila digembar-gemburkan, ianya dianggap sebagai benar dan bakal memberi persepsi negatif kepada rakyat.

Namun segala persoalan dan isu berkaitan terjawab apabila pagi ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turun sendiri merasmikan PU Sendayan yang telah mula dibangunkan semenjak 2013. PU Sendayan telah dirancang untuk dijadikan sebagai pusat latihan iktisas atau profesional bagi melatih pegawai dan anggota dalam bidang logistik, pentadbiran dan pengurusan.


Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor. Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, barisan Exco kerajaan negeri serta pegawai TUDM.


Sejurus tiba Perdana Menteri menandatangani plak perasmian di Pintu Gerbang Utama PU Sendayan dan disaksikan Hishammuddin, Raja Mohamed Affandi, Affendi serta tetamu kehormat yang lain.

Info yang anda perlu tahu :

1. PU Sendayan ini adalah satu daripada 8 PU yang dibangunkan oleh 1MDB bagi penempatan semula aset daripada Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi. Lokasi-lokasi lain adalah di PU Kuantan, PU Gong Kedak, PU Butterworth, Kem Kajang bagi aset 31 Rejimen Artileri Diraja Tentera Darat, dan PDRM Subang dan Ipoh bagi aset Unit Udara PDRM.

i. PU Gong Kedak – melibatkan pemindahan aset fuel bowser dan pembinaan garaj.
ii. PU Butterworth – melibatkan pemindahan aset kenderaan bomba dan pembinaan garaj.
iii. PU Kuantan – melibatkan pembinaan bangunan penempatan Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT).
iv. PU Subang – melibatkan pembinaan RKAT bagi Detasmen 3 Skuadron yang dipindahkan dari PU Sg. Besi.
v. Kem Kajang – melibatkan pembinaan bangunan penempatan bagi 31 Rejimen Artileri Diraja Tentera Darat dan RKAT.
vi. PDRM Subang – melibatkan pembinaan wisma untuk pegawai dan Rumah Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) serta menaik taraf kompleks hanger, bangunan pejabat pengangkutan dan penyelenggaraan serta dewan serbaguna.
vii. PDRM Ipoh – melibatkan pemindahan peralatan pejabat pentadbiran.

2. PU Sendayan ini cukup luas, dengan keluasan 2.6 juta kaki persegi atau 6.3 juta kaki persegi (3 kali ganda besar) keseluruhan 8 lokasi penempatan semula berbanding PU Sg. Besi. PU Sendayan dilengkapi Markas Pemerintahan Pendidikan Latihan Udara dan juga menjadi pusat latihan tentera udara terbesar TUDM.

3. Dijadikan pusat latihan profesional terbesar negara untuk pegawai dan anggota TUDM dan akan menghimpunkan kesemua tiga pusat latihan TUDM di Subang dan Kinrara, Selangor dan Pulau Pinang untuk berada di bawah satu bumbung.


4. PU Sendayan terletak kira-kira 12 km dari Seremban.

5. Pembangunan PU Sendayan yang berkeluasan tiga kali ganda daripada saiz fasiliti sedia ada, merupakan sebahagian daripada rancangan penyusunan semula PU Kuala Lumpur di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

6. Kemudahan dan infrastruktur yang dibangunkan di kawasan berkeluasan 303.5 hektar, yang menempatkan kompleks sukan, padang golf (9 lubang), kemudahan ekuestrian, kolam renang, pusat Islam dan kompleks kediaman.


7. Terdapat 693 unit kuarters kediaman pelbagai kategori termasuk banglo, berkembar dua dan pangsapuri untuk pegawai dan anggotanya berbanding PU Sg. Besi yang hanya mempunyai 250 kuarters kediaman dan semakin uzur ditelan usia.

8. Secara keseluruhannya unit-unit kediaman di PU Sendayan boleh menempatkan mereka dan ahli keluarga seramai 1,900 orang.

9. Di PU Sendayan, tiada operasi penerbangan pesawat sayap kaku (fixed wing) dan hanya akan melibatkan penerbangan helikopter. Ini kerana, kesemua operasi penerbangan yang sebelum ini dilaksanakan di PU Sg. Besi telah dipindahkan dan beroperasi di PU Subang, PU Butterworth, PU Kuantan dan PU Gong Kedak.

10. Hampir 77 tahun PU Sg. Besi beroperasi sebagai Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Apa yang penting sebenarnya kewujudan PU Sendayan di kawasan ini berupaya menyumbang kepada pembangunan yang lebih pesat di kawasan sekitar Sendayan khasnya dan Seremban secara am nya. Ia bertepatan dengan hasrat kerajaan Persekutuan untuk membangunkan kawasan luar bandar bagi memastikan pembangunan negara lebih seimbang dan terancang serta tidak hanya tertumpu di bandar-bandar utama sahaja.


Ditambah lagi dengan bakal wujudnya perkhidmatan Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) di mana salah satu stesen yang dicadangkan di Sendayan kelak. Untung ar orang Sendayan pasni. Leh pergi Universal Studio kat Singapore tu naik tren laju.

Dalam pada itu, selain pembinaan PU Sendayan, Kementerian Pertahanan juga sedang merancang pembinaan kem-kem baharu dan menaik taraf kem-kem sedia ada di seluruh negara. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada perancangan Hala Tuju Kementerian Pertahanan yang bertujuan meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan ATM dan tahap keselamatan negara selain menambah baik aspek kebajikan warga ATM.

Terima kasih kerajaan Persekutuan yang peka akan keperluan warga ATM.


Selamat tinggal Pangkalan Udara Sg. Besi Kuala Lumpur

Post a Comment

0 Comments