Awas! Malaysia bakal diperintah oleh bukan Melayu sekiranya Pakatan menguasai Malaysia. Lihat sahaja parti politik Melayu dalam Pakatan. Walaupun ada tiga, tapi tetap didominasi DAP. Buktinya, kalau ikut peruntukan kerusi parlimen, DAP paling banyak.
Petanda kedua, manifesto bersifat Malaysian Malaysia, yang mementingkan kesamarataan dan menghapuskan penguasaan politik Melayu. Ketiga, kuasa Yang di-pertuan Agong cuba dihakis dengan menjadikan kuasa pelantikan pegawai tertinggi kerajaan khususnya SPR dikuasai parti politik.
Kemudian, Pakatan ikut telunjuk DAP yang mahu persempadanan semula kawasan pilihan raya berdasarkan prinsip satu orang satu undi. Malah, tak mustahil bukan Melayu menjadi PM selaras dengan kenyataan Lim Guan Eng yang berkata jika Perlembagaan Persekutuan kekal maka bukan Melayu akan jadi PM.
Keenam, lihat sahaja sikap Tun Mahathir yang tak menghormati Raja-Raja Melayu. Jika dihadam sebaik mungkin petanda-petanda ini, jelas memang bukan Melayu yang bakal menguasai Pakatan. Melayu hanya mengikut telunjuk, tetapi DAP yang sebenar-benar mendominasi Pakatan.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..