Full Width CSS

Ketua AMK Ampang Dipenjara Kerana Menipu Bukannya Sebab Pertuduhan Rasuah #TolakPH


Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang, Dato Adam Rosly yang juga merupakan Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraidah Kamaruddin dijatuhi hukuman penjara 6 bulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hukuman tersebut setelah pihak mahkamah mendapati beliau telah melakukan 6 penipuan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tempoh siasatan dan penghakiman.
Antaranya pernyataan palsu itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000 daripada ibu mertua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada ah long.


Pertuduhan 1 dan 2 : Adam Rosly didakwa memberi pernyataan palsu kepada 2 pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan 3, 4, 5 dan 6 : Adam Rosly dituduh menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut Seksyen 89 akta sama.


Baru jawatan kecil macam ni dah pandai menipu. Kalau jadi wakil rakyat, confirm merana rakyat asyik kena kencing hari-hari. Jangan beri peluang kepada PKR kerana mereka sendiri melakukan pembohongan dan rasuah namun sering menyalahkan pihak lawan.

#TolakPH
#PKRRasuah

Post a Comment

3 Comments

  1. Tahniah kepada pihak pendakwa...

    ReplyDelete
  2. Jadi, ini bermakna dia akan didakwa utk salahguna kuasa & rasuahkah nanti? Hmmm..

    ReplyDelete
  3. biasa lah gajah depan mata x nampak kuman hujung dunia leh nampak..#barisanajis

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..