Full Width CSS

Pencapaian Awesome DAP Pulau Pinang Sepanjang 10 Menurut Guan Eng #TolakPH #DAPRasuah


Bayangkan, kamu merupakan seorang ahli perniagaan yang sedang bergelut dan menanggung pelbagai jenis hutang bernilai RM700,000.

Bagaimanapun, kamu mempunyai sebuah rumah yang sedang diduduki yang bernilai RM655,000.

Kamu sangat beruntung, kamu mempunyai seorang bapa saudara yang menyayangi kamu dan mahu membantu kamu melangsaikan hutang tersebut.
Kamu kemudiannya menjualkan rumah kamu kepada bapa saudara kamu dengan nilai RM655,000. Disebabkan kamu tidak mempunyai tempat lain untuk berteduh, kamu ingin terus menetap di rumah tersebut.

Faham dengan situasi yang dilalui kamu, bapa saudara kamu bersetuju untuk menandatangani perjanjian sewa jangka panjang dengan kamu selama 45 tahun dengan sewaan bulanan hanya bernilai RM1,214 sebulan, yang mana sewaan tahunannya berjumlah RM14,560.

Bapa saudara kamu menetapkan syarat bahawa sekiranya kamu membayar sewaan tersebut secara tepat, selepas 45 tahun, bapa saudara kamu akan memindahkan semula hak rumah tersebut kepada kamu, iaitu dengan perkiraan:

45 X RM14,560 = RM655,000.

Tunggu sekejap.. bapa saudara kamu ini sangat hebat kerana dia turut menghadiahkan kamu sejumlah RM1.2 juta untuk mengembangkan lagi perniagaan kamu yang sedang menghadapi kemelut.

Bapa saudara yang sangat baik, bukan?

Apa yang diceritakan di atas ini adalah hal yang sebenarnya berlaku kepada kerajaan Pulau Pinang pada tahun 2011.

Beberapa hari lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ada menulis mengenai apa yang telah dilakukan DAP dalam tempoh 10 tahun mereka memerintah Pulau Pinang dan ujarnya:

“Pencapaian terbaik kita (Kerajaan DAP Pulau Pinang) adalah kita telah berjaya mengurangkan kadar hutang negeri, dalam usaha menjadikan kita sebagai negeri dengan hutang terendah di negara ini. Kadar hutang semasa kita adalah sekitar RM65 juta berbanding RM600 juta hingga RM700 juta sebelum ini.” Sebagaimana yang dituliskan Lim Guan Eng.

Apa yang boleh saya katakan adalah ianya mengejutkan kerana Lim Guan Eng menceritakan hal yang benar pada kali ini.

Bagaimanapun, apa yang Guan Eng tidak ceritakan adalah BAGAIMANA hutang tersebut boleh berkurang.

Pada 1 Jun 2011, Kerajaan Persekutuan BN telah membantu Pulau Pinang melakukan penstrukturan semula hutang air dengan menukarkan tunggakan pinjaman bernilai RM655 juta kepada pembayaran pajakan tahunan selama 45 tahun dengan jumlah RM14.55 juta setahun.

Sebagai balasan, kerajaan Pulau Pinang perlu menyerahkan aset air dengan nilai yang setimpal kepada Kerajaan Persekutuan yang mana kesemua aset tersebut akan dipulangkan semula kepada Kerajaan Pulau Pinang selepas tempoh 45 tahun itu tamat.

Apa yang lebih hebat lagi, Kerajaan Persekutuan turut memberikan geran bebas berjumlah RM1.2 bilion kepada Pulau Pinang bagi membolehkan mereka memperluaskan lagi empangan Mengkuang.

Guan Eng sangat gembira dengan pertolongan yang dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan pada masa itu dan beliau turut mengeluarkan kenyataan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan: klik sini

Latihan penstrukturan air ini sebenarnya telah bermula ketika Pulau Pinang masih ditadbir oleh kerajaan BN lagi, sebelum diambil alih oleh DAP pada 2008.

DAP hanya meneruskan proses tersebut dan kemudiannya tanpa rasa malu menghebohkan mengenai pengurangan hutang negeri sebanyak 95% ini.

Bayangkan, apa yang disebutkan sebagai ‘pencapaian terbaik’ DAP Pulau Pinang ini sebenarnya adalah hasil dari usaha kerajaan BN Pulau Pinang sebelum ini bersama dengan Kerajaan Persekutuan – namun mereka terus mengambil kredit dari hal tersebut dengan tujuan untuk mempengaruhi rakyat Pulau Pinang selama bertahun-tahun.

Ianya adalah tidak masuk akal untuk terus membenarkan DAP mengambil kredit tersebut tanpa sebarang rasa malu, BNSC pada tahun lalu telah memberikan kecaman hebat keatas kerajaan DAP Pulau Pinang sehinggakan mereka terpaksa mengakui bahawa Kerajaan Persekutuanlah yang telah membantu mereka dalam hal pengurangan hutang negeri tersebut.

Baca: Guan Eng akui pengurangan hutang Pulau Pinang berjaya dilakukan hasil dari bantuan Kerajaan Persekutuan (klik sini)

Jadi, mengapa Kerajaan Persekutuan membantu Pulau Pinang?

Tidak seperti Tun Mahathir yang telah menafikan dana untuk negeri Kelantan bagi memodenkan insfrastruktur air negeri tersebut selama beberapa dekad hanya disebabkan oleh Kelantan berada di bawah pentadbiran pembangkang iaitu PAS, Kerajaan BN hari ini di bawah pentadbiran PM Najib langsung tidak berkira atau bertindak kejam sedemikian.

Malah selain Pulau Pinang, kerajaan Najib turut memperuntukkan berbilion ringgit bagi membantu penstrukturan semula serta penambah baikan operasi air di negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang – negeri Selangor pada tahun 2014 (dengan jumlah hampir RM9.45 bilion) dan Kelantan pada tahun 2016.

Sumber : Eric See-To.

Post a Comment

0 Comments