Sebanyak 860 kertas siasatan telah dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bermula pada 28 April lalu sehingga semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesalahan yang banyak dilaporkan ialah membabitkan kes khianat.
Ujarnya, kes khianat yang disiasat termasuklah menjatuhkan poster dan banner parti lawan dan membakar bendera.
“Selain itu, kita juga telah membuka 17 kertas siasatan melibatkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan 14 lagi membabitkan penggunaan dron di kawasan yang tidak dibenarkan.
“Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 17 tangkapan telah dilakukan di mana 15 individu kita panggil untuk siasatan manakala dua lagi kita tahan kerana terlibat pergaduhan dan menyamar penjawat awam di Johor dan Sabah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, ditanya sama ada pihaknya akan memanggil Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung dakwaan palsu mengenai pesawatnya disabotaj , Mohamad Fuzi memberitahu, ianya bergantung sekiranya ada keperluan.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..