Full Width CSS

Zahid Minta Polis Pulangkan Semula Duit UMNO !!


Pulangkan duit UMNO, demikian gesaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap pihak polis yang merampas baki sumbangan kempen dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dirampas pihak berkuasa.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden itu berkata, dana itu amat diperlukan dalam proses UMNO membina semula parti.
“Adalah dukacita dimaklumkan bahawa baki sumbangan kempen dan dana parti dirampas oleh pihak polis semasa dalam proses ia dipindahkan kepada kepemimpinan baharu UMNO selepas peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Pembiayaan politik dibenarkan di bawah undang-undang kita. Oleh itu, UMNO berusaha untuk memulihkan dana ini dan memohon kepada pihak polis untuk melepaskan dana serta mengembalikannya kepada parti selepas selesai proses dan penyelidikan oleh pihak berkuasa yang relevan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Zahid berkata, secara umum, Presiden UMNO bertanggungjawab mendapatkan sumber dan menguruskan dana untuk parti, termasuk dana bagi pilihan raya umum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti.

“Hal ini tidak berbeza dengan mantan Presiden kita iaitu Datuk Seri Najib Razak yang mendapatkan sumbangan kempen sebelum PRU14 dan menguruskan dana parti kita.

“Semasa mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden, beliau juga menyerahkan RM1.2 billion kepada parti dan 3 juta ahli.

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat laporan polis berhubung keselamatan diri dan keluarganya.

Dalam laporan itu, beliau turut mendakwa wang tunai yang dirampas dalam beberapa serbuan termasuk di kediaman peribadinya di ibu negara adalah wang sumbangan untuk kegunaan kempen pilihan raya.

Post a Comment

3 Comments

  1. Bag tangan? Jam mewah? Jongkong emas? Kah kah kah.. Pukimak. Punya melayu penyamun umno

    ReplyDelete
  2. dol
    ask najib berapa jumlah sumbangan pilihan raya yang disimpn di rumah dia bukan dibank. tak kan lah 110 juta sebagaimana di kira dan diisthihar oleh polis

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..