Full Width CSS

Tommy Thomas Akan Gunakan Kuasanya Balas Dendam Terhadap BN? #MalaysiaMenyesal


Lewat malam tadi, kenyataan daripada Istana Negara mengatakan bahawa Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V telah berkenan dengan cadangan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Banyak bantahan disuarakan terhadap cadangan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir namun seperti kita ketahui sebelum ini, kerajaan Persekutuan PKR memang jenis tak ambil port langsung mengenai kebimbangan atau keluhan rakyat di bawah seperti kita. Ditambah lagi sekiranya kita bukan penyokong PKR.

Seperti kita ketahui, cadangan melantik Tommy Thomas ini sememangnya bercanggah dengan Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang DiPertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang”. Kalau ikutkan logiknya juga, adakah seseorang bukan Islam akan membantu / memberi nasihat kepada Yang DiPertuan Agong berkenaan hal pemeliharaan agama Islam.



Tapi apa ada hal, Tommy Thomas pun bukannya kisah berkenaan hal perundangan Islam ini. Di dalam buku beliau pun ada kenyataan yang tidak mengakui bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan juga ada menyebut betapa keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik antara undang² sivil dan undang² Syariah, adalah merupakan satu keputusan yang salah; betapa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan Nama “Allah” oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah serta betapa rayuan dalam isu pertikaian antara Islam dan Kristian perlu diputuskan oleh hakim-hakim yang beragama Hindu, Buddha, ateis atau agnostic.

Ehh malas lah nak cerita lagi. Bengang dengan kerajaan sedia ada hari ini. Janji semua dicapati lepas tu konon nak pelihara Islam tapi dalam masa yang sama dorang cuba meliberalkan negara ini dengan gagasan Malaysian Malaysia

Post a Comment

3 Comments

  1. Kerajaan Islam ibarat sebuah kota, sekarang tembok kota sudah runtuh setelah diasak sejak sekian lama. Sekarang musuh telah berada di dalam kota tersebut. Serangan telah bermula dari dalam kota. Semoga Allah menjentik hati-hati orang Islam untuk bersatu.

    ReplyDelete
  2. menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna.

    ReplyDelete
  3. AG dah ada, Najib pun dah ada barisan peguam, apa lagi bila nak dakwa, nak guna mahkamah mana, US, UK, Australia, Malaysia? Rakyat dah nak muntah dengan isu yg berpanjangan ni, lagi cepat selesai lagi cepat move on?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..