Full Width CSS

UMNO Berikrar Terus Berdiri Teguh Di Bawah Panji² Yang di-Pertuan Agong & Raja² Melayu #MalaysiaMenyesal


1. Belum terlewat untuk UMNO menjunjung kasih dan taat setia Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerana melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu. Meskipun banyak pihak membantah pelantikan beliau, UMNO mengambil pendirian meletakkan sepenuhnya kuasa ke bawah kebijaksanaan dan pertimbangan ke bawah DYMM Tuanku dan Majlis Raja-Raja Melayu.

2. Dengan semangat ini, UMNO berikrar akan mematuhi perintah ini dan akan terus berdiri teguh di bawah panji-panji DYMM Tuanku dan Majlis Raja-Raja Melayu. UMNO akan memastikan tidak wujud sebarang pertelingkahan semua pihak di atas pelantikan ini dan akan terus memelihara kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu.
3. UMNO juga menolak sebarang percubaan jahat untuk menghina dan memperlekehkan Institusi Raja-Raja Melayu. Jangan cuba-cuba mengheret rakyat jelata untuk tidak lagi menghormati dan mendaulatkan Raja-raja yang menjadi lambang Demokrasi Raja Berperlembagaan di negara ini.

4. UMNO melihat dan amat bimbang dengan penularan budaya kebiadapan terhadap Raja-Raja Melayu dalam kalangan individu dan pihak tertentu yang berselindung atas nama hak kebebasan bersuara.

5. Penularan budaya ini sengaja ditanam dengan tujuan menghakis rasa taat setia rakyat Malaysia kepada Raja-Raja Melayu.

6. Justeru, UMNO mahu langkah-langkah pencegahan diambil terhadap sebarang tindakan provokatif yang menolak prinsip taat setia kepada Raja supaya prinsip yang termaktub dalam Rukun Negara terus dipelihara.

7. Kerajaan Pakatan Harapan mesti bertegas dalam hal ini dan tidak boleh mengambil sikap berdiam diri, baling batu sembunyi tangan dan telus mengekalkan sebarang peruntukan yang sedia termaktub dalam Perlembagaan terutama yang berdasarkan semangat kontrak sosial.

8. UMNO berdiri teguh bersama Raja-Raja Melayu untuk mempertahankan hak-hak yang melibatkan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan seperti yang terdapat dalam Perkara 3 (1), kedudukan Raja-Raja Melayu seperti Perkara 38, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perkara 152 dan kedudukan Hak-Hak Istimewa Orang-orang Melayu seperti Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.

Unit Komunikasi Strategik
Ibu Pejabat UMNO
Kuala Lumpur
6 Jun 2018

Post a Comment

2 Comments

  1. Apakah sikap baling batu sembunyi tangan oleh penyokong2 PH yg ditanam oleh pihak2 tertentu terhadap institusi2 Raja2 Melayu ini yg dinamakan MALAYSIA BARU?

    ReplyDelete
  2. Shahidan, apa itu murka? Idris Jusoh, menate mu? Nazri, masuk bertandinglah?

    Ni semua munafik2 talam dua muka sikap pura2 Umno.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..