Banyak pihak mula melagakan calon-calon Puteri UMNO. Aku sebenarnya tak berminat nak ulas pun tapi sekiranya ditanya nanti, pada pendapat aku biarlah Zahida pegang kerusi Ketua Puteri UMNO Malaysia.
Dira kita kenali lantang bersuara selepas ucapannya semasa Persidangan Puteri UMNO Msia pada tahun lepas dan juga aksi debat selain jawapan bersahaja dilibas terhadap wakil puak DAP, si Dyana tu.
Zahida dan Dira kedua-duanya ada kelebihan. Mungkin peranan Zahida sebagai Ketua Puteri bersesuaian dengan beliau kerana pengalaman beliau di dalam pelbagai peringkat baik politik dan korporat. Di peringkat akar umbi, nama beliau memang tidak asing dan banyak pihak mudah bekerja dengannya.
Dira pula hebat di pentas perbahasan dan tegas dalam pendiriannya berhadapan dengan lawan. Jawatan sebagai Naib Ketua Puteri amat bersesuaian kerana jika dilihat pada kebiasaannya jawatan ini memang untuk mereka yang bergelar kaki langgar dan berani menyahut dan mencabar lawan. Dalam masa yang sama mempunyai aura menarik sokongan anak muda.
Sebagai pemerhati, kita perlukan kedua-duanya sebab kelebihan yang ada pada diri mereka. Bincanglah elok-elok dan susun betul-betul supaya perjuangan Puteri UMNO dapat diteruskan lebih baik dan kekal relevan.
Update : Selepas artikel ini ditulis, aku baru diberitahu bahawa Dira akan bertanding kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..