1. PAS tidak menghantar calon kerana PAS telah memutuskan awalnya untuk memastikan Pilihanraya Kecik Sg Kandis menyaksikan hanya 1 lawan 1. (Supaya undi pembangkang tidak pecah dan PH mudah ditewaskan. Asal Bukan Pakatan Harapan -ABAH)
2. PH mesti dikalahkan dalam PRK Sg Kandis. Ia menjadi satu isyarat kepada kerajaan PH bahawa rakyat tidak mahu terus dipermain dengan kegagalan PH menunaikan janji pilihanraya seperti hapuskan tol, turunkan harga minyak, hapuskan hutang peneroka felda dan banyak lagi yang boleh disenaraikan kemudian.
3. Kerajaan PH dilihat sangat tidak seimbang. Rasis dan terlalu membuka jalan kepada persendaan Islam. Suara - suara yang mengundang keresahan ummat Islam makin marak bebas dan tidak diambil tindakan yang wajar oleh pihak kerajaan PH.
4. Seperti gesaan supaya Maahad Tahfiz ditutup, terlalu memberi muka kepada LGBT, pemikiran anti hadis, posisi penting dalam sektor kehakiman dan undang-undang tidak diberikan kepada orang Islam, pemikiran liberal, terdapat individu yang didakwa menyokong gerakan pengganas jadi pemimpin kerajaan, dominasi DAP yang sangat skeptikal terhadap perjuangan Islam dalam PH dan sebagainya. (yang juga boleh disenaraikan kemudian.)
5. Justeru itu, beraksi dipentas demokrasi dan menghormati hak memilih, maka pengundi diseru supaya menolak PH dalam pilihanraya kecil Sg Kandis. Anda mempunyai 1001 sebab untuk menewaskan PH dalam PRKSg Kandis.
P/S : Kekalahan PH dalam PRK Sg Kandis adalah untuk menyentak lamunan mereka yang masih asyik dengan kuasa yang dimiliki agar tunaikan janji pilihanraya dan tidak lagi membohongi rakyat.
Pilihan ditangan anda. Rakyat adalah hakim.
Nasrudin Hasan
2 Comments
Bagus lah pas makna nya anda masih redha lagi bn memerintah dg angka hutang yang hutang ditanggong rakyat masa istihar harga lain masa pelaksanaan harga dah jadi lain pas tak komen pun,kalau islam sungguh tegur lah yang bn buat tak betul tu jangan cipta hukum terpilih nabi muhamad saw pun pernah kata kalau saidatina fatimah mencuri pun dia akan kerat tangan,ingat lah pas masa tok guru ada mengapa bolih dok bersama dap bila tok guru tiada mengapa tak bolih
ReplyDeleteKnp byk org hny nampak kesilapan BN sewaktu Tok Najib pegang kuasa? Jwpnnya adalah krn zaman Tok Najib, maklumat bebas disebarkan tanpa mengira benar atau tidak, sahih atau palsu. Berbanding zaman mahathir, tiada sebarang media yg boleh menyebarkan berita ketirisan kerajaan krn tiada kebebasan bersuara.
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..