Full Width CSS

Lelaki Ini Dipecat Dari Pertandingan Bina Badan Hanya Kerana Dia Seorang...


Ibrahim Masri melaungkan azan, sejak 15 tahun lalu di sebuah bandar di Israel, namun suaranya kini ‘disenyapkan’ kerana menyertai pertandingan bina badan.

Kementerian Dalam Negeri Israel memecat beliau sebagai ketua bilal di masjid El-Jazzar, utara bandar Acre, selepas membuat keputusan bahawa penyertaan beliau dalam pertandingan bina badan pada 2017 bertentangan dengan peranan keagamaan.

Bilal melaungkan azan lima kali sehari menerusi pembesar suara dan ada yang menjadi terkenal dengan suara mereka.

Masri, 46, mengangkat berat sejak muda dan amat terkenal di Acre. Beliau tidak pernah merasakan aktiviti riadah itu bertentangan dengan agama.

“Keputusan ini tidak adil. Agama Islam menggalakkan mana-mana individu bersukan,” katanya.

Jurucakap kementerian berkata, beliau dipecat kerana berpakaian tidak sepatutnya. Ahli bina badan biasanya memakai seluar dalam, ketika pertandingan dan Masri mempunyai banyak gambar dalam pakaian sedemikian.

Post a Comment

0 Comments