Satu laporan polis telah dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, M. Manogaran.
Tindakan itu dibuat susulan Manogaran dari DAP yang memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Senderut, Hulu Jelai pada hari mengundi dengan memakai baju berlogo rasmi parti.
“Calon tersebut telah memasuki Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut pada hari pengundian dengan memakai baju yang mempunyai logo parti.
“Ini merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954. Laporan polis tersebut telah dibuat oleh petugas SPR di Balai Polis Sungai Koyan,” kata SPR melalui kenyataan media pada Isnin.
Dalam kenyataan sama, SPR turut menegaskan pihaknya turut membuat laporan polis terhadap pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan penubuhan barung-barung oleh parti pada hari mengundi.
Katanya tiga laporan polis dibuat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya melibatkan sembilan pusat mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dan satu laporan polis melibatkan pusat mengundi di DUN Jelai.
“SPR menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. SPR tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya,” katanya.
SPR berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang pilihan raya.
2 Comments
Kalau PH menang tu hari adakah SPR akan buat laporan Polis? Jiran suruh tanya.
ReplyDeleteBersatulah Melayu Islam
ReplyDeletePRU 15 kita ubah Kerajaan mengikut citarasa Melayu Islam
Buat baik berpada pada
Buat jahat jangan sekali
Kalau Najib salah kita hukum dia
Kenapa kita nak menghukum bangsa dan agama kita
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..