Full Width CSS

Selepas Hina Bomba, Lelaki Ini Datang Ke Balai Bertemu Dan Mencium Tangan Pegawai Bomba


Seorang lelaki Cina telah mengeluarkan kata² kesat di Facebook pada ruangan video live ketika usaha² pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM) mengeluarkan kereta dan mangsa kemalangan di Jambatan Pulau Pinang dari dasar laut.

Kenyataan yang tertera milik Chuah Chun Howe berbunyi ;

"Our bomba rescue squad suck, so near also fail to locate out, all tido, n makan saje.."

Posting tersebut mendapat respon balik daripada netizen dan menyedari tindakannya tidak waras, maka pemilik akaun hari ini telah bertemu dengan Pegawai Bomba, Encik Ismail dan anggota² bomba di Jalan Perak, Pulau Pinang bagi memohon maaf atas kenyataan biadap beliau baru-baru ini. 

"Saya berjanji tidak akan bercakap yg tidak baik lagi mengenai anggota beruniform Malaysia. Tuan Ismail sendiri menjelaskan banyak perkara mengenai kes ini dan juga kes kes lain, serta apa yang perlu dilalui oleh anggota bomba," katanya.


"Saya harap semua orang tidak akan buat comment negative terhadap ahli beruniform macam saya, jika tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka. Sekali lagi saya ikhlas memohon maaf kepada semua warga beruniform di seluruh Malaysia," tambahnya.

Menurut Chuah Chun Howe, akaun facebook miliknya telah digantung sementara disebabkan laporan² yang telah dibuat oleh netizen.

"Buat sementara waktu account saya telah di suspended-kan di sebabkan oleh reports yg di terima. Saya tidak bekerja di Exabytes sejak 5 tahun lalu," ujarnya.


Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..