Full Width CSS

Tempat Pembuangan Undi Yang Barisan Nasional Boleh Menang, Ditutup Awal??


Ramai yang bersungut mengatakan mengapa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat ketetapan menutup pintu tempat pembuangan undi pelbagai waktu.

Ya, kami faham memang terdapat mana² tempat pengundian di mana pengundinya tidak ramai dan proses undian akan disingkatkan.


Ini cadangan yang mungkin SPR boleh gunapakai lah, kalau rasa nak berlaku adil, kan. Contohnya ;

Pusat Pengundi : XX
Bilangan Pengundi : 150

1. Ditutup selepas jumlah pengundi mencapai 100% turn out atau,

2. Tutup jam 5 petang bagi memberikan kelonggaran kepada mana² individu untuk menunaikan kewajipan mengikut kesesuaian waktu yang dibenarkan dan standard di semua pusat pengundian.

Boleh kot cadangan ni digunapakai sebab bayaran kepada petugas pun sama je kan, cuma yang membezakannya adalah claim jarak perjalanan je kan.

Mungkin ada kalangan di pihak SPR akan kata nanti Ketua Tempat Mengundi (KTM) lambat tiba di tempat pengumpulan dan kiraan undi.

Nak risau apa, bukankah setiap peti akan diiringi oleh seorang anggota Polis dan kawalan (escort) Polis Trafik pengiring bagi melancarkan perjalanan trafik untuk ke lokasi ditetapkan. Cuma peti akan sampai pada waktu ditetapkan ataupun lewat sedikit.

Kalau SPR berani nak nampak lebih adil, try lah buat begitu. Bukan rakyat tak biasa dengar keputusan jam 3 pagi. Boleh jer rakyat menunggu.

Dengar cerita, kebanyakan tempat pembuangan undi yang Barisan Nasional bakal dan boleh menang, ditutup awal? Dengar cerita je la kan, kalau tak betul cuba SPR nafikan. Kalau tak nafi, nanti rakyat fikir, betul pula.

Post a Comment

0 Comments