Full Width CSS

Kempen PH Di #PRKSemenyih Masih Menghina DS Najib Dan Isteri


Pakatan Harapan menang PRU 14 yang lepas disebabkan terlalu banyak fitnah yang dilemparkan terhadap DS Najib Tun Razak dan isteri. Ramai yang akui kekalahan Barisan Nasional (BN) disebabkan faktor ini. Begitu juga pendapat yang mengatakan bekas Perdana Menteri ini telah menjadi beban kepada parti.

Itu hanya cakap² oleh mereka di dalam parti yang kononnya mempunyai jasa dan sumbangan yang jauh lebih besar daripada DS Najib. Nak sembang banyak pun, tak guna sebab BN dah tewas. Cuma hari ini kita nak melihat ke hadapan.

Berbalik kepada sindiran Azmin terhadap DS Najib, ramai yang tidak bersetuju bukan disebabkan tagline yang dibawa oleh beliau #MaluApaBossKu tetapi sebenarnya rakyat dah muak dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang masih lagi tidak kelihatan kesalahan mahupun hukuman yang dijatuhkan kepada DS Najib.

Namun pemimpin PH seolah² sudah kehabisan modal untuk berkempen di Semenyih. Isu yang dibawa hanyalah sindiran dan mengulangi berita di dada akhbar mengenai pertuduhan yang dikenakan terhadap pemimpin BN. Masih lagi tak move on pemimpin PH ni.

Rakyat nak tahu apa yang boleh mereka terima @ dapat once PH menang di sini bukannya membawang hal mantan Perdana Menteri dan sebagainya.

Move on lah.

Post a Comment

0 Comments