Full Width CSS

Perghhh Untung Ar Yang DiPertuan Agong Belanja Makan


Amir Redza berkongsi kegembiraan itu selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengunjungi kafenya di Presint 2, Putrajaya, petang Ahad lalu.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersama dua anakanda mereka iaitu Tengku Puteri Iman Afzan dan Tengku Puteri Ilisha Ameera singgah untuk minum petang di Umai Cafe sambil menikmati beberapa hidangan selain beramah mesra dengan rakyat jelata yang kebetulan berada di kafe sama.

Amir Redza ketika ditemui berkata, dia akui terkejut apabila dihubungi pegawai khas Tuanku memberitahu bahawa baginda sekeluarga ingin menikmati hidangan minum petang di kafenya sebelum mengarahkan pekerjanya bersiap sedia.

“Baginda sekeluarga tiba jam 5 petang dengan memandu sendiri. Pada mulanya, saya dan kakak, Syura Natalia, 38, kami menawarkan Tuanku untuk santap di ruang makan di tingkat atas yang lebihprivasi namun, baginda memilih untuk bersama pelanggan lain di ruang makan di tingkat bawah.

“Selepas mengambil tempat duduk, Tuanku sekeluarga pesan nasi lemak, lempeng pisang, lempeng kelapa, cucur udang dan roti jala.


“Sementara menunggu makanan tiba, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sempat beramah mesra bersama pelanggan yang ada dalam kafe kami. Ketika itu, lebih 50 pelanggan sedang berada dalam kafe kami,” katanya.

Katanya, dia juga akui rsau dengan menu yang dihidangkan selain bimbang tidak menepati selera baginda sekeluarga khususnya Tunku Azizah yang dikenali ramai di media sosial sebagai ‘tukang masak’ dari istana.

Menurutnya, dia berasa lega kerana baginda sekeluarga memuji menu makanan yang dihidangkan dan mengucapkan terima kasih atas layanan diberikan sebelum beredar meninggalkan kafe kira-kira sejam kemudian.

“Selain itu, baginda juga berkenan membayarkan bil makanan untuk semua pelanggan yang berada dalam kafe pada petang itu,” katanya.

Amir Redza berkata, dia menyifatkan baginda seorang yang mesra rakyat, merendah diri dan tidak cerewet dalam memilih makanan selain menyukai makanan tradisional.

Menurutnya, Umai Cafe diuruskan bersama kakaknya serta ibunya, Datin Jamaliah Ja’afar, 64, sejak lapan tahun lalu yang menawarkan masakan Melayu tradisional, barat dan makanan ala Thai.

Sumber : Harian Metro

* untung ar, harap pihak Istana Negara roger² aku kalau Agong nak makan kat mana², teringin nak bersalaman jer dengan Tuanku.

Post a Comment

0 Comments