Full Width CSS

Punca Dan Cara Mengatasi Kekejangan Kaki


Kaki kejang merupakan salah satu masalah yang akan dihadapi oleh kebanyakkan orang. Dalam seumur hidup, seseorang itu mesti akan mengalami kekejangan otot kaki walaupun sekali.

Kekejangan otot ini selalunya berlaku secara tiba-tiba dan ia tidak mampu dikawal. Keadaan ini selalunya melibatkan otot bahagian betis dan pesakit selalunya terduduk kesakitan disebabkan masalah ini.

Akan tetapi, kekejangan otot juga boleh berlaku dibahagian lain seperti:
  • Leher 
  • Abdomen 
  • Tapak kaki 
  • Tangan 
Yang paling membuatkan anda terkejut adalah apabila ia berlaku ketika anda tidur. Selalunya pesakit akan meloncat daripada katil dan memegang kaki yang mengalami kekejangan disebabkan masalah tersebut.

Apakah Punca kepada Kaki kejang?

Untuk otot kaki berfungsi dengan normal, ia memerlukan kuantiti mineral yang sepatutnya di dalam badan. Apabila perkara ini terganggu, ia akan mengganggu fungsi otot dan menyebabkan ia mengalami kekejangan.

Beberapa punca kepada masalah kekejangan otot ini adalah:
Dehidrasi : Seseorang yang mengalami kekeringan selalunya akan mempunyai jumlah mineral yang tidak normal di dalam badan. Perkara ini akan mendedahkan seseorang itu untuk mengalami kekejangan otot
Peredaran darah yang tidak cukup kebahagian kaki. Perkara ini selalunya berlaku apabila seseorang itu meletakkan kakinya dalam posisi melipat. Ini menyebabkan salur darah terhimpit dan aliran darah berkurangan ke bahagian kaki.

Muntah dan cirit-birit : Masalah ini akan menyebabkan mineral daripada dalam badan keluar sekali bersama muntah dah cirit tersebut. Ini akan menyebabkan mineral di dalam badan menjadi tidak seimbang
Senaman yang berlebihan. Senaman adalah sesuatu yang bagus. Tetapi jika ia dilakukan secara berlebihan akan menyebabkan seseorang itu mengalami dehidrasi. Malah berpeluh secara berlebihan juga akan menyebabkan kandungan mineral dalam badan menjadi sedikit terganggu.

Otot yang tercedera

Terdapat juga beberapa faktor risiko yang menyebabkan seseorang itu mudah mengalami masalah kaki kejang ini. Faktor tersebut adalah:
  • Berlebihan minum alkohol 
  • Mengadung 
  • Masalah buah pinggang/Buah pinggang rosak 
  • Hipotiroid 

Perlu diketahui bahawa, majoriti daripada masalah kaki kejang ini berlaku secara tiba-tiba tanpa apa-apa punca yang berbahaya. Ia boleh baik dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan ataupun ujian untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.

Tetapi jika ia kerap berlaku, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor.

Apakah ujian pengesahan untuk mengetahui punca kaki kejang?

Seperti yang diterangkan di atas, masalah kekejangan kaki selalunya bukanlah sesuatu yang bahaya dan kerap kali ia akan baik dengan sendirinya. Anda hanya perlu risau jika masalah tersebut berlaku secara kerap ataupun lebih teruk berbanding biasa. Pesakit dinasihatkan untuk pergi ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan yang selanjutnya untuk mengesan sebarang masalah yang pesakit ada.

Beberapa ujian yang akan dibuat untuk mengesan masalah pesakit adalah:
  1. Ujian fungsi buah pinggang(Renal profile): Buah pinggang berfungsi untuk mengawal kandungan mineral di dalam badan. Jika ia tidak berfungsi dengan normal, kandungan mineral dalam badan mungkin menjadi tidak normal dan boleh menyebabkan kekejangan otot berlaku., 
  2. Bacaan Kalsium dan kalium dalam darah: Kalsium diperlukan untuk pengecutan otot dan kalium pula diperlukan untuk penghantaran maklumat melalui saraf. Jika kandungannya berubah di dalam badan, seseorang itu mungkin akan mengalami kekejangan oto 
Fungsi Kalenjar tiroid
Ujian kehamilan 

Apakah cara untuk menghentikan kekejangan otot?

Apabila seseorang itu mengalami kekejangan otot, selalunya dia mesti akan di dalam keadaan panik dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Tetapi terdapat cara yang anda boleh lakukan untuk menghentikan kekejangan otot tersebut.

Cara-cara ini boleh dilakukan jika kekejangan otot tersebut tidak melibatkan simptom-simptom yang lain. Tetapi jika ia melibatkan simptom kerosakan buah pinggang, simptom hipotiroid dan sebagainya, pesakit dinasihati untuk terus berjumpa dengan doktor.
1) Lawan otot yang sedang tegang atau regangkan otot tersebut
Jika anda secara tiba-tiba diserang kekejangan otot kaki, apa yang anda boleh buat adalah anda perlu meregangkan otot itu. Contoh jika otot ditapak kaki anda sedang kejang, anda perlu tarik jari tapak kaki dengan kuat supaya otot tapak kaki yang kejang itu meregang. Cara ini selalunya berkesan jika kekejangan otot bukan disebabkan perkara yang serius.

Jika kekejangan itu pada bahagian betis pun sama, tarik tapak kaki anda ke atas untuk meregangkan otot betis tersebut.

Cara untuk regangkan otot jika kekejangan itu berlaku pada bahagian betis ataupun peha bahagian belakang

2) Minum air garam ‘Oral rehydration salt(ORS)’

Jika anda berlebihan bersenam dan mengalami kekejangan otot selepas itu, anda boleh mengambil ORS untuk memberhentikan kekejangan tersebut. Selalunya kekejangan jenis ini tidak berhenti dengan hanya meregangkan otot tersebut.


Dan ia berlaku disebabkan ketidakseimbangan mineral di dalam badan disebabkan individu tersebut berpeluh secara berlebihan. Oleh sebab itu, pengambilan ORS yang mengandungi pelbagai mineral untuk badan akan menyebabkan kekejangan otot itu berhenti.

3) Ais

Pesakit boleh menggunakan air untuk mengurangkan kesakitan lepas daripada kekejangan otot.

4) Ambil ubat tahan sakit

Jika pesakit masih sakit selepas daripada itu, pesakit boleh mengambil ubat tahan sakit yang boleh didapati di farmasi.

Apakah cara untuk mengelakkan masalah kaki kejang daripada berlaku?

Masalah kaki kejang selalunya datang tanpa diundang. Akan tetapi, anda boleh mengamalkan beberapa tips ini untuk mengelakkan diri anda daripada masalah tersebut. Ia adalah: 
  • Sentiasa mengambil air yang mencukupiterutamanya jika anda sedang bersenam 
  • Lakukan senaman yang berperingkat untuk mengelakkan kecederaan pada bahagian otot 
  • Cuba elakkan makanan ataupun minuman yang menyebabkan dehidrasi lebih mudah berlaku seperti cokelat dan Kopi terutamanya ketika anda bersenam. Ini kerana dua makanan ini akan menyebabkan seseorang itu lebih banyak buang air kecing daripada biasa. 
  • Bagi yang mengalami muntah dan cirit-birit yang teruk, anda di dinasihati untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. Ini untuk mengelakkan anda daripada berterusan mengalami dehidrasi. Anda juga boleh mengambil garam ORS untuk menghidrat diri anda dan seterusnya mengelakkan diri daripada terkena masalah kejang kaki. 

Sumber :
The Diagnosa

Post a Comment

0 Comments