Full Width CSS

TAHNIAH Marzuki Kerana Membuatkan Seluruh Dunia Gelakkan Malaysia


Cerita mengenai penipuan ijazah oleh Timbalan Menteri Luar PH telah menjadi buah mulut rakyat dan kini dikongsi bersama seluruh warga dunia. Buat malu negara jer, bila seseorang bertaraf Menteri, boleh pula menipu memilik ijazah.

SATU DUNIA SEDANG GELAKKAN KITA, TIMBALAN MENTERI LUAR PH WAJAR LETAK JAWATAN DEMI NAMA BAIK MALAYSIA

Sebagai rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa terutamanya perkara yang melibatkan hal-hal politik, saya merasakan ada beberapa permasalahan atau perkara yang tidak seharusnya berlaku di dalam barisan Menteri Kabinet Malaysia.

Apabila Pakatan Harapan (PH) berikrar untuk berkhidmat secara berhemah, berkualiti dan segalanya terbaik berbanding kerajaan sebelumnya Barisan Nasional (BN), maka besarlah harapan rakyat yang memilih untuk berubah ke arah kebaikan yang dicanangkan oleh kepimpinan PH.


Seratus (100) hari pertama di bawah pentadbiran PH, pelbagai kepincangan dan janji-janji yang telah 'dicapati' oleh pemimpin PH sendiri. Nah baru-baru ini, rakyat dikejutkan pula dengan skandal penipuan ijazah kononnya diperolehi daripada sebuah universiti terbaik dan berkualiti di United Kingdom.

Perbuatan mengelirukan rakyat atau misrepresentation adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh dipandang enteng oleh kepimpinan tertinggi negara kerana ia telah memberi implikasi negatif pandangan rakyat terhadap kerajaan. Bahkan negara luar juga sedang seronok melayan lawak jenaka daripada Timbalan Menteri Luar kita.


Kenyataan yang berubah-ubah dan tidak jelas disampaikan oleh Timbalan Menteri Luar ini amat membimbangkan. Manakan tidak, seharusnya beliau bersikap profesional dengan mengemukakan sahaja ijazah yang diperolehinya secara terbuka dan tidak berdolak dalik serta bermain wayang apabila ditanya oleh media.

Sikap tidak bercakap benar ini bukanlah sifat seseorang yang boleh diangkat sebagai pemimpin. Perilaku beliau sedikit sebanyak mencerminkan imej negara di mata masyarakat dunia, apakah tiada secebis rasa malu YB Marzuki Yahya dengan perkara yang berlaku terhadap dirinya?

Pastinya rakyat dan media luar negara sedang mentertawakan negara kita kerana memiliki seorang Timbalan Menteri Luar kaki 'goreng' dan terpaksa menipu kelulusan akademik demi mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada rakyat.


Pemimpin PH harus beringat bahawa hari ini rakyat Malaysia tidak bodoh dan sentiasa ringan tangan untuk membuat carian fakta mengenai sesuatu perkara. Bercakap benar dan mengotakan janji itu lebih indah daripada terus menerus mengencing rakyat.

Rodzaidi Sullahudzin
Ketua Pemuda UMNO Sik
7 Februari 2019

Post a Comment

1 Comments

  1. Lupa ke si Marzuki ni yg sekarang dah ade internet? Segala maklumat hujung jari je. Atau dia masih berangan baru keluar gua.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..