Full Width CSS

Alvin Chow Si Penghina Islam & Nabi Muhammad S.A.W Ditahan Polis


Polis menahan seorang lagi individu, semalam kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui satu akaun Facebook mengguna nama ‘Danny A’antonio Jr’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dalam kenyataan hari ini memaklumkan suspek berusia 28 tahun yang juga pemilik akaun Facebook berkenaan akan direman hari ini.


“Suspek disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni dan perpaduan.

“Siasatan ke atasnya juga akan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, orang ramai tidak sepatutnya menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi untuk membuat provokasi berbaur perkauman.

“Jangan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman sehingga membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini,” tegas beliau.

Semalam, polis turut menahan seorang lelaki kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di akaun Twitter ‘Alvin Chow’ miliknya.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Selangor di pusat beli-belah Plaza Pudu, di sini, jam 5 petang semalam.

Kedua-dua mereka akan direman hari ini.

Post a Comment

0 Comments