Full Width CSS

Gila!! Nak Tangkap Pesalah Rasuah, SPRM Wujudkan Pusat Urut Sendiri


Ada seorang kawan saya kata, dunia kita ni semakin pelik. Nak tangkap penjenayah tapi pelik sungguh sengaja wujudkan peluang untuk orang melakukan jenayah.

Nak senang faham macam ni jelah. Ini kes pelik tapi benar dan sedikit terserlah bodohnya.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan strategi mereka memerangkap orang yang menerima dan melakukan kesalahan rasuah kepada umum setelah beberapa siri tangkapan unik melibatkan orang perantara, penguatkuasa dan Ketua Balai Polis.

SPRM wujudkan rumah urut tak tahu sama ada halal atau haram tapi saya yakin ianya haram, jika tidak, takdalah cerita sebegini terjadi.


Ok berbalik kepada cerita asal, SPRM wujudkan rumah urut ini semata-mata untuk menangkap individu yang memberi perlindungan haram kepada premis-premis ini dengan cara melakukan kesalahan rasuah.

Maksudnya aku ada rumah urut, pastu datang penjawat awam datang minta duit untuk beri perlindungan seperti tidak akan diserbu pihak berkuasa atau sebagainya. Then dah cukup maklumat, SPRM pergi tangkap mereka. Gitulah senario nya kot.

Ya, bukan saja premis dimiliki SPRM saja berlaku rasuah. Banyak lagi premis digesa untuk berbuat demikian (mendapatkan perlindungan).

Persoalannya..

1. Kenapa bersusah payah wujudkan rumah urut untuk tangkap pesalah rasuah? Dah takda strategi lain ker.

2. Apakah SPRM sedang melancarkan perang terhadap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana terdapat bukti kelemahan dan memalukan PBT dan PDRM?


Jika begitu, SPRM juga wajar dikenakan tindakan kerana melakukan kesalahan beroperasi secara salah disisi undang-undang iaitu seperti menjalankan operasi rumah urut tanpa lesen atau melakukan perkhidmatan yang bertentangan dengan syarat-syarat ditetapkan PBT.

SPRM juga harus diambil tindakan kerana dengan sengaja dan sedar telah memberi rasuah kepada individu yang akan / telah ditangkap dengan tujuan untuk memerangkap dan mencipta pesalah.

Pelik tapi benar kan tapi inilah hal pelik yang sedang berlaku bila mana SPRM seolah-olah sedang memperlekehkan kebolehan dan maruah PBT dan PDRM. Takda masalah kalau nak tangkap pesalah rasuah tapi bukan dengan cara begini.

Saya amat kasihan melihat nasib pegawai PBT dan anggota PDRM hari ini. Seolah-olah segala tindak tanduk mereka hari ini diperhatikan. Tak salah jika niat SPRM untuk membasmi rasuah tetapi bukan dengan cara mencipta peluang dan ruang untuk berlakunya kesalahan rasuah. Sepatutnya SPRM mengecilkan lagi ruang kesalahan ini sebaiknya.

P/s : bila nak tangkap pemberi rasuah? 🤔

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..