Full Width CSS

Impian DAP Akhirnya Tercapai Apabila Ribuan Lagi Penjawat Awam Bakal Ditamatkan Perkhidmatan


Akhirnya impian DAP mahu mengurangkan penjawat awam yang majoritinya melayu/bumiputera berjaya dilakukan. 2018 telah buang lebih 40 ribu orang. Kini 2019 akan buang lagi sehingga mencecah 80 ribu orang.

Nampaknya impian DAP sejak 2011 melalui Tony Pua, Setiausaha Politik Lim Guan Eng Menteri Kewangan yang berjanji mengurangkan separuh penjawat awam di negara ini semakin bejaya.


Penang Institute ditubuh DAP sebagai "Think Tank" DAP turut memperakukan cadangan Tony Pua sebelum ini.

Menurut Think Tank DAP itu Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, bersamaan 5.5% daripada penduduk negara ini.

Selepas kemenangan PH Mei 2018 lebih 40 ribu telah dibuang kerja khususnya penjawat awam yang dikaitkan dengan agensi politik.


Februari lalu Tun Dr. Mahathir turut berpendapat jumlah penjawat awam yang dimiliki kerajaan ketika ini adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan.

Perdana Menteri memberitahu jumlah terkini penjawat awam adalah lebih 1.6 juta dan telah meningkat dengan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003.

“Saya berpendapat bahawa saiz pentadbiran kita itu terlalu besar, sebaliknya dengan menggunakan teknologi maklumat, komputer dan sebagainya kita boleh kurangkan saiz ini,” katanya.

Sejajar dengan arahan Perdana Menteri dan saranan pemimpin DAP itu Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) dalam Proses untuk mengurangkan saiz perkhidmatan pada tahun 2019 mengikut kadar berikut peratus dari keseluruhan jumlah 1.62 juta kakitangan Awam

Pecahan seperti berikut

2019 - 1% bermakna 16,200 orang akan ditamatkan kontrak , pemberitahuan pemberhentian bekerja .
2020 - 2% bermakna 32,400 lagi akan dikurangkan
2021 - 2% lagi bermakna 32,400 lagi akan dikurangkan

Nisbah ini untuk 3 tahun awalan dari 2019 - 2021 dahulu.

Jumlah keseluruhan 80,000 ribu orang untuk tempoh 3 tahun ini. Menurut sumber JPA Malaysia itu.


Sumber : Sabahkini2

Post a Comment

0 Comments