Full Width CSS

Kemelut MCA & MIC Keluar BN, Tok Mat Gesa Semua Pihak Cool Down


Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan tampil meredakan ketegangan antara parti komponen dalam pakatan itu setelah MCA dan MIC mencadangkan supaya ia dibubarkan petang semalam.

Pesan Mohamad, semua pihak tidak sepatutnya bertindak secara melulu dan mengambil pendekatan pukul rata.

Kata beliau, penilaian terhadap masa depan BN tidak seharusnya berlandaskan kenyataan seorang atau dua pemimpin mana-mana parti komponen yang dianggap mewakili pendirian BN.

“Kerjasama, persefahaman dan persaudaraan yang sudah lama terjalin ini menjangkaui kenyataan dan ulasan segelintir kecil pemimpin tertentu.

“Adalah sangat merugikan jika kita semua memilih untuk menjadi tidak adil melihat kelemahan kecil ini sebagai alasan menafikan kelebihan besar yang telah dibangunkan secara telus selama ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


MCA dan MIC hari ini mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) dibubarkan supaya kedua-dua parti itu boleh meneroka peluang pakatan politik baharu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama, kedua-dua parti itu menyatakan antara sebab keputusan itu diambil adalah kerana kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang disifatkan sebagai perkauman telah meretakkan hubungan antara parti komponen BN.

Mengulas lanjut, Mohamad turut menegaskan bahawa BN sentiasa memberikan perhatian dan komitmen dalam menghormati peranan serta perjuangan setiap parti komponennya.

Kata beliau, BN sentiasa berusaha untuk bersama-sama mengukuhkan setiap parti komponen di bawah pakatan itu.

“Adalah sangat tidak tepat jika kedudukan setiap parti komponen dalam BN sudah tidak dianggap penting dan mustahak,” katanya.

Mohamad turut memberitahu satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN akan diadakan dalam masa terdekat.

Post a Comment

1 Comments

  1. PAS & UMNO sudah bernikah secara sah dan melahirkan dua orang chaya mata - Cameron Highlands dan , kata A.KADIR JASIN dalam blognya.
    Jadi apa guna nak ajak MCA & MIC tinggal bersama.....?????
    Hidup bermadu bukan selamanya indah, lebih baik MCA & MIC cari kekasih baharu yang boleh terima mereka seadanya. Biarlah PAS dan UMNO berbulan madu, hidup berdua dan mati bersama.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..