Full Width CSS

Lim Guan Eng Bakal Terlepas Akta Hasutan Ker?


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan DAP YB Lim Guan Eng yang mendakwa kerjasama UMNO-PAS sebagai satu 'isyarat perang' terhadap orang Bukan Islam dan Bukan Melayu di Malaysia.

Kenyataan dangkal ini amat merbahaya kerana boleh mencetuskan suasana tegang antara kaum dan mampu merangsang perlakuan tidak wajar di kalangan rakyat Malaysia berbilang agama dan kaum.


Sedangkan kerjasama antara UMNO dan PAS sebagaimana yang ditegaskan oleh kedua-dua kepimpinan tertinggi parti hanyalah menjurus kepada aspek penyatuan ummah yang tidak sesekali meminggirkan mahupun meremehkan mana-mana agama mahupun kaum di negara ini.

Sesungguhnya kenyataan Lim Guan Eng ini hanya menyerlahkan lagi wajah sebenar pemimpin dan parti DAP yang sememangnya sejak dahulu lagi lebih cenderung kepada sifat rasis dan chauvinis. Malah kenyataan seperti ini jika tidak dikekang mampu mencetuskan pergolakan antara agama dan kaum sebagaimana pernah berlaku dalam Tragedi 13 Mei 1969.

Justeru Pemuda UMNO mendesak agar pihak berkuasa terutamanya Polis DiRaja Malaysia dan Peguam Negara untuk segera bertindak dengan mendakwa Lim Guan Eng di bawah Akta Hasutan kerana mampu mencetuskan suasana tegang yang mengundang ketidak-harmonian rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

6 Mac 2019

*adakah tindakan Pemuda Barisan Nasional hari ini membuat laporan Polis bakal sekadar menjadi laporan semata² sahaja dan Lim Guan Eng bakal terlepas akta hasutan yang sepatutnya dikenakan terhadap mereka yang sengaja mencetuskan ketegangan kaum dan ketidakselesaan hidup di sini.

Post a Comment

1 Comments

  1. ATOK YAK GENTAR UMNOPAS BERSATU
    KEDAH TUNGGU MASA UNTUK DI SAPU
    RULES OF LAW SIASAT MB KEDAH ITU
    TANGKAP BOBOI DLM KEPIMPINAN BARU


    ... BOBOI MENIPU DECLARE ASSETS KERAJAAN NEGERI KEDAH YG BARU DEDAH DAN TANGKAP BOBOI BEKAS MB KEDAH..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..