Full Width CSS

Nga Kor Ming Taliban DAP ! - Exco Pemuda UMNO


Kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang cuba menggambarkan kerjasama UMNO - PAS kelak bakal menyebabkan rakyat sengsara dan tiada lagi 'patah balik' buat rakyat mengubahnya adalah satu tindakan yang cuba menakut-nakutkan rakyat. Cubaan memberi persepsi bahawa rakyat bakal berpecah belah ala-ala pentadbiran Taliban dirasakan beliau takut akan bayang-bayang sendiri.

Sebelum Pilihanraya Umum 14, Pakatan Harapan (PH) kerap kali cuba memberi persepsi menakut-nakutkan rakyat dengan dakwaan negara Malaysia akan muflis jika Barisan Nasional (BN) berterusan memerintah. Dalam masa yang sama harapan yang indah diberikan kepada rakyat. Namun hakikatnya hari ini, PH telah menjadi kerajaan tin kosong daripada apa yang diharapkan rakyat.


Di bawah pentadbiran kerajaan BN sebelum ini, kebajikan rakyat jauh lebih terbela daripada hari ini. Bermula dari dalam kandungan perut sehinggalah meninggal dunia, semua peringkat rakyat merasainya dan menginginkan BN kembali mentadbir semula kerajaan Persekutuan.

Tak perlu takut sekiranya kerjasama UMNO, BN - PAS ini berjaya membentuk kerajaan Persekutuan kerana matlamatnya tetap sama iaitu memastikan kebajikan dan untung nasib rakyat terus terpelihara. Perpaduan rakyat akan terus ditambahbaik dengan nilai-nilai positif dan paling penting tiada rakyat yang akan tercicir serta teraniaya kerana BN mempunyai ramuan tersendiri mentadbir dengan baik dan menjaga kebajikan rakyat.

Cuma hari ini rakyat perlu risau dengan janji-janji yang gagal dikotakan dan masa depan yang belum pasti. Janji lebih satu juta peluang pekerjaan hanya tinggal janji dan lebih menakutkan apabila beribu orang telah diberhentikan kerja semenjak PH mentadbir di Putrajaya.

Rakyat juga harus bimbangkan tahap ekonomi keluarga yang semakin tidak ketentuan dengan kenaikan pelbagai harga barangan dan perbelanjaan harian yang semakin membimbangkan tanpa kawalan agensi mahupun kementerian terbabit.

Kami percaya rakyat sudah semakin bijak menilai akan tohmahan yang PH jaja melalui DAP. Politik kebencian wajar ditolak sama sekali. Begitu juga dengan pemimpin yang sengaja mewujudkan sentimen perkauman sesama rakyat Malaysia.

Tolak PH

Mustafa Shah Bin Abdul Hamid
EXCO Pemuda UMNO Malaysia
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar

11 Mac 2019

Post a Comment

0 Comments