Full Width CSS

Padah Menfitnah Kerajaan BN, Kakitangan Invoke Positif Dadah


Dua kakitangan dan seorang bekas pekerja firma penyelidikan data, Invoke Malaysia yang ditahan bersama sejumlah dadah di sebuah unit kondominium di Taman Mutiara, Jinjang pada Ahad lalu disahkan positif dadah jenis ganja.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, keputusan tersebut berdasarkan hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 25 hingga 30 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal dilakukan, dadah jenis ganja seberat 75 gram yang ditemui dalam serbuan itu dipercayai bagi kegunaan ketiga-tiga suspek berkenaan dan bukan untuk pengedaran.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan dan kesemua suspek masih direman selama enam hari bermula 3 hingga 8 Mac ini mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program ‘High Profile Policing’ di sebuah pasaraya di Taman Midah, Cheras, di sini, hari ini.

Kosmo! Online pada Ahad lalu melaporkan, polis menahan pegawai eksekutif, pereka grafik dan bekas kakitangan sebuah firma penyelidikan selepas menemui sejumlah dadah di sebuah unit kondominium di Taman Mutiara, Jinjang, di sini.

Post a Comment

1 Comments

  1. Kem manakah yang membela IBLIS rambut putih dengan membayar sejumlah fee sebagai laba MEMFITNAH? Kem Mahathir atau kem Anwar? Sama2 tunggu episod2 mendatang dalam kisah FITNAH yang tak menjadi dan akhirnya terpalit kemuka sendiri... Jangan lupa juga menyiasat wakil IBLIS specis hitam tempatan? Jangan lagi biarkan IBLIS2 ini terlepas!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..