Satu surat pekeliling yang diedarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pada 8 Mac 2019 yang lalu telah menggesa dan memberi arahan kepada pemandu² kenderaan Jabatan terutama abam ambulans agar memandu mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.
1. Tidak dibenarkan melanggar lampu isyarat,
2. Mematuhi peraturan lalu lintas semasa keadaan kecemasan,
3. Siren ambulans hanya sekadar petunjuk bahawa ambulan perlu diberi keutamaan laluan.
Dalam ketiga² permintaan Jabatan ini, saya tak rasa mereka para pemandu ambulans akan patuhi atau memberikan 100% komitmen untuk patuhi segala yang ditetapkan. Kerana bagi mereka, nyawa dan keselamatan memandu adalah keutamaan yang paling penting.
Saya fikir, pemandu ambulans ini merupakan pemandu yang paling cekap dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Cuma kebanyakan hal kemalangan melibatkan ambulans disebabkan pihak ketiga yang gagal mematuhi peraturan jalan raya dan tidak peka keadaan semasa.
23 Comments
Minta jabatan tu keluarkan statistics brapa peratus ambulans yg bawa pesakit gagal sampai ke distinasi selama ni....
ReplyDeleteDah jadi amalan utk ambulans brgerak laju demi selamatkan nyawa pesakit
OK JE...TAPI DI LAMPU ISYARAT TU LEBIH HATI2...
ReplyDeleteKalau ambulans tu bawa pesakit 50-50 atau ibu yg mau melahirkan mati dalam ambulan suda menunggu tau kalau ibu yg mau melahir silap silap boleh ko ibu dan bby...
ReplyDeleteKalau ambulans bawa pesakit 50,50 boleh mati tau kalau bawa ibu yg nak melahir sempat melahir x pun boleh ko
ReplyDeleteSiren bunyi pn tdk smsti nya bwak laju. Perhatikan saja skeliling selamat baru jalan. Siren tu utk jln2 jem mintak dberi lalu..kdng2 org awam jak tu tdk alert dgn kehadiran ambulans..
ReplyDeleteKerana satu dua kes kemalangan ambulans di lampu isyarat....nyawa pesakit diwaktu kecemasan.... kini menjadi taruhan...
ReplyDeleteAMBULAN ada sop...berapa masa yang diambil tiba dan balik ke hospital. Masalahnya mengapa pemandu awam susah sangat nak bagi laluan... kecelakaan berlaku kerana pemandu terpaksa mencari alternatif dengan selamat. Kenapa tiada kepekaan pemandu awam....!!!!
ReplyDelete99% kemalangan salah pemandu ambulan.
Tuan/ Puan....fikirlah sendiri...kalau dalam ambulan itu...ayah...ibu...anak...cucu...waris tuan/puan..yang hidupnya 50/50. Tuan/Puan rasa perlu ke pemandu tiba segera ke lokasi..
Baguslah itu, lepas ini pandai rakyat nak hidup atau mati
ReplyDeleteBuat sensor dekat lampu isyarat..bila ambulans bunyikan siren .. automatik semua lampu isyarat jadi merah .blh BG keutamaan pada laluan ambulans.
ReplyDeleteIkutlah peraturan jalan raya,takkan pesakit mati masa di lampu isyarat.Kalau bukan ajal,pesakit akan selamat sampai ke hospital drp terlibat dlm kemalangan di lampu isyarat yg menyusahkan kedua² pihak.
ReplyDeleteKlu gitu ok lah..xyah la bwk g mne..klu eksiden bia je kat situ..klu dh bkn ajal die..die xkn mati wlaupn ilang byk darah..luka parah..bia jer kat situ..
Deleteitu klau orang lain cuba bayangkan terjadi kluarga kita dalam ambulans tu masa berhnti kt lampu isyarat apa kita nak cakap, pemandu ambulans tak kisah klau nk behnti kat lampu isyarat tetapi pemandu tu ag rasa perkemanusian...
ReplyDeleteKenderaan vvip..vip camana pulak
ReplyDeleteKenderaan vvip..vip camana pulak
ReplyDeleteKalau btul..arahkan skali polis,bomba,kastam,jpj,smua lah yg mne gune siren nih..sila ikut traffic light..x kire lah tgh kjar penjahat ke,rumah mnteri trbakar ke,tgh kjar pnyeludup ke,tgh kjar lori wat salah ke..sila ikut praturan..red light sile brenti..
ReplyDeleteIdea bernas semua dah abis so idea banggang pon ok kot janji nampak baru
ReplyDeletePegilah luar negarA mnapun mne ade undang2 mcmni aduihai klu org kritikal dlm ambulan tu 5 min pun sgt berharga nyawa mereka
ReplyDeleteNak menyelamatkan nyawa bukan mudah nak mengesahkan kematian senang sikit kerja doc jimat kos
ReplyDeleteAku excident kene langgar dengan lori nyawa 50-50 tapi kerana ambulan dtg tepat masa aku masih boleh diselamatkan ..tapi kalau ambulan masa tu kene ikut undang² mcm ni..kemngkinan nyawa saya masa tu xsempat lagi diselamatkan..mngkin yg buat undang² baru ni dia belum pernah rasa bila nyawa 50-50 je lps tu ambulan dtg lmbat...apa dia rasa...
ReplyDeleteAmbulan kena berenti di traffic light, kenderaan vvip siap ada eskot, siap block trafic light.. Apa cerita?
ReplyDeleteArahan bodoh hanya berlaku diMalaysia sahaja kerana dikuasai oleh org2 yg tak berotak
ReplyDeletejgn buat undang2 rimba..utamakan ambulance untuk menuju ke destinasi..kalo boleh jgn bg halangan atau sekatan kepada pemandu ambulance demi keselamatan pesakit..
ReplyDeleteMenteri mengong sebb tu aku x suke politik sekarang.....pattnye menteri yg kena ikut lampu isyarat....ko bukan dalam kecemasan pun....ini siap escort bagai
ReplyDeletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..