Full Width CSS

Barisan Nasional Umum Tidak Bertanding Di PRK Sandakan


Semalam Pemangku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tok Mat Hasan mengumumkan bahawa parti itu tidak akan bertanding pada PRK Parlimen Sandakan pada 11 Mei 2019 depan.

Keputusan dibuat kerana belum bersedia untuk menyertai mana-mana PRK di Sabah selepas kehilangan negeri tersebut di dalam PRU 14 dan ketika 'tsunami' ahli-ahli melompat parti di sana.

Namun BN sedia menyokong mana-mana parti pembangkang lain yang mesra dengan BN untuk bertanding di sana.

"Kita akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tertinggi BN sekali lagi selepas hari penamaan bagi menentukan calon dari parti pembangkang Sabah mana yang bakal kita sokong pada PRK Sandakan nanti.

"Kita juga tidak akan menghalang ahli parti komponen yang berminat bertanding di PRK Sandakan, namun seperti biasa sesiapa yang berbuat demikian bakal berdepan tindakan disiplin dan dipecat dari parti kerana melanggar keputusan dibuat oleh barisan kepemimpinan tertinggi BN, " katanya pada sidang selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN di sini sebentar tadi.

Post a Comment

0 Comments