Full Width CSS

Hj. Hadi Arah Semua Pemimpin PAS Bekerja Menangkan Tok Mat


Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan rasa terima kasih kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memberi sokongan kepadanya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, beliau terharu apabila membaca mesej Abdul Hadi yang meminta para pemimpin Pas memastikan kemenangannya dalam PRK tersebut.


"Saya terharu dapat mesej Datuk Seri. Datuk Seri pesan kepada semua kepemimpinan Pas supaya Mat Hasan mesti menang di Rantau.

"Terima kasih banyak-banyak, Datuk Seri. Saya akan ingat itu sampai bila-bila, kerana kita akan sentiasa kenang budi.

"Terima kasih kerana sudi datang malam ini walaupun baru keluar dari IJN (Institut Jantung Negara) empat hari lalu," katanya semasa berucap dalam Ceramah Perdana di Taman Angsamas di sini malam tadi.

Ceramah itu turut dihadiri Abdul Hadi; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan; Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurut Mohamad, berikutan kerjasama UMNO dan Pas yang telah menang dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih, Pakatan Harapan (PH) kini mahu merampas Rantau dan menyekat momentum tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut membidas PH yang sebelum ini mempersoalkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun tidak lagi berbuat demikian apabila berjaya membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Post a Comment

0 Comments