Full Width CSS

Kedudukan BN Lebih Stabil Dan Akan Buat Come Back


Kemenangan Barisan Nasional (BN) dilihat lebih terjamin dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau walaupun persaingan saat akhir masih terbuka antara pihak yang bertanding.

Malah Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Azlan Zainal berkata, sebanyak 24.5 peratus pengundi Pakatan Harapan (PH) dijangka beralih sokongan kepada BN dalam PRK DUN Rantau kali ini berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.


Katanya, berdasarkan kajian, sebanyak 81.6 peratus responden berpandangan calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan atau dikenali sebagai Tok Mat mempunyai kredibiliti yang tinggi berbanding calon PH, Dr S. Streram.

“Selain itu, faktor populariti Tok Mat berbanding Streram sebagai orang luar yang kurang dikenali. Pengundi India di sini lebih mengenali Ketua Cabang R. Tanggam, Ketua Cabang PKR Rembau, T Rangga.

“Kebajikan pengundi India yang dahulunya majoriti mengundi PH nampaknya gagal ditangani dengan baik oleh Kerajaan sehingga wujud kekecewaan segmen pengundi India terhadap Kerajaan khususnya yang melibatkan pembelaan terhadap tahap ekonomi dan kebajikan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azlan, jentera PH juga masih lagi dilihat terpisah dan tidak dikoordinasi sebagai sebuah pakatan antara PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) , Amanah dan DAP.

“Mereka bergerak mengikut jentera parti masing-masing dan tiada penyelarasan yang tersusun. Jentera PKR lebih dominan dan penglibatan jentera parti lain dilihat sangat minima. Ini menggambarkan struktur jentera PH masih lagi kabur di mata akar umbi.

“Kempen PH juga nampaknya terlalu bergantung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menggerakkan gerakan kempen di sini,”ujarnya.

Post a Comment

0 Comments