Full Width CSS

Header Ads

Kenapa Kesatuan Pekerja Kereta Api Malaysia Masih Kalut Nak Bantah RAC



Kami di #KLChronicle sudah dua kali menulis tentang Railwaymen Union Malaysia (RUM), terutamanya tentang sikap kepimpinan RUM yang dilihat membawa sentimen anti kerajaan Pakatan Harapan.

Ini boleh dibuktikan dengan tiga (3) kenyataan baru yang dikeluarkan oleh pihak RUM dimana mereka telah menyerang serta mengkritik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang diberi tanggungjawab oleh pihak kerajaan.


Kenyataan KL Chronicle:

Artikel Pertama : http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/03/masih-relevankah-railwaymen-union-of.html
Artikel Kedua : http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/04/rum-jangan-cuba-sabotaj-usaha-kerajaan.html

Tiga artikel RUM yang menyerang RAC boleh dibaca disini : https://www.facebook.com/pg/suararum/posts/?ref=page_internal

Bagi mereka yang tidak tahu dan sebagai peringatan kepada kepimpinan RUM, RAC diwujudkan sebagai sebuah agensi milik Kerajaan untuk membantu industri perkeretapian negara berkembang maju dan berdaya saing setanding dengan industri perkeretapian di negara-negara maju.

Secara sejarahnya, Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992.

Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Melalui penggubalan akta tersebut, segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC, manakala operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.

Akta ini dengan jelas mengatakan bahawa:

1. Segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC.
2. Operasi perkhidmatan kereta api dikendalikan oleh syarikat pengganti, iaitu KTMB.

Perkara ini sangat jelas dan sudah termaktub dalam undang - undang negara. Tetapi malangnya pihak RUM masih tidak faham, atau buat - buat tidak faham tentang perkara ini dan terus menerus menyerang RAC walhal Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sudah memberikan sepenuh mandat kepada RAC untuk menjalankan amanah yang diberikan kerajaan kepada mereka.

Antara serangan RUM terhadap RAC, dan boleh kami katakan juga terhadap kerajaan adalah:

1. Konon-nya RAC gagal memainkan peranan kerana menjalankan tanggungjawabnya dengan hanya melaksanakan proses kerja berdasarkan sewa dan pajakan, sewa dan pajakan hanya mendatangkan hasil yang tidak lumayan pada kantung RAC.
2. RAC telah jauh tersasar dari matlamatnya dengan mencampuri urusan KTMB.

Dua cerita dongeng yang dibawa oleh RUM ini adalah merapu semata - mata. Pertama sekali, RAC melaksanakan proses kerja berdasarkan Akta Keretapi 1991 iaitu segala aset kereta api yang dahulunya di bawah urus tadbir KTM dan tanah kereta api di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) adalah terletak hak kepada RAC. Jadi tanggungjawab sudah diberi oleh kerajaan kepada RAC untuk menguruskan perkara ini.

RUM kalut kenapa?

Kedua, cerita dongeng bahawa RAC telah jauh tersasar dari matlamatnya dengan mencampuri urusan KTMB. Ini juga merupakan satu kenyataan merapu dari RUM. Sebagai bukti, sehingga hari ini YB Menteri Pengangkutan langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa RAC masuk campur atas urusan KTMB, jadi mana RUM mendapat informasi ini dan jika benar kenapa perkara ini tidak dibawa ke pengetahuan pejabat YB Menteri?

Akhir sekali, kami ingin tegaskan disini bahawa RUM elok jangan keluarkan kenyataan bertaraf "Standard Budak Tadika" kerana ia akhirnya akan memalukan kakitangan KTMB sahaja.

Post a Comment

1 Comments

  1. HAPPY GOOD FRIDAY MACAI SEMUA
    COMANGO PLURALIST SUDAH BERSAMA
    ANAKCUCU MARINA KAUM KERABAT SEGALA
    ATOK DAN TOK WAN TAK JOIN SAMA KER..?


    PADA MACAI MACAI PEMEGANG PANJI TOLO LABUH PLURALIST MURTAD DAN PANJI TOLO LABUH CLAMPING TOP DOG...

    WISH "HAPPY GOOD FRIDAY"


    COTI TANPA REKOD LAGI... HAAHH MACAI SEKELIAN....!!!


    HAAHHH TEPUK..!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..