Wednesday, April 24, 2019

Kini Ayam Tanpa Sijil Halal Pun Boleh Jual Secara Terbuka


Dahulu ketika zaman Barisan Nasional memerintah negara, aspek perundangan Islam dan pandangan ulama diutamakan dalam segenap perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan umat Islam.


Kini perkara sebegini dah tak perlu rujuk hukum Islam. Semua benda nak disamaratakan baik dari segi hak Agama dan Bangsa sehinggalah kepada hukum halal dan haram. 

Gila ! 

Menteri Besar PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata pengusaha pasar raya di negeri ini bebas mendapatkan bekalan ayam mentah dari mana-mana rumah sembelihan sama ada yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) atau sebaliknya.


Ada dua kaedah pejualan ayam di pasar raya besar iaitu ;

1. Ayam tanpa bungkusan : tidak mempunyai logo halal dan besar kemungkinan tidak halal untuk dimakan

2. Ayam berbungkus : mempunyai logo halal. 

Sepatutnya pihak berkuasa tempatan atau kerajaan negeri wajar tetapkan terus penjualan ayam mestilah mempunyai logo halal dan syarikat pengeluar mempunyai sijil tersebut. Bukan saja bab penyembelihan harus diutamakan bahkan bab kebersihan tempat pemprosesan juga perlu diambil kira. 

3 comments:

  1. Belilah ayam dari pembekal2 ayam halal yang dipercayai, bersih seperti Ladangku. Ramadhan dah tak berapa hari je lagi, jom semua ramai2 boikot kedai2 dan produk2 DAP.

    ReplyDelete
  2. YA...YA....KITA SERAM NAK LAWAN TOK MAT NI!!!!.....KIKIKIKI....

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..