Full Width CSS

Menyesal Salah Undi Parti Bunga, Lelaki Ini Nekad Potong....


Seorang lelaki di sini, nekad memotong jari telunjuknya hanya kerana dia tersalah mengundi parti yang sepatutnya dipilih.

"Saya mahu undi gajah, tetapi tersalah mengundi bunga," ujarnya merujuk kepada simbol parti yang dipaparkan pada mesin pengundian bersebelahan dengan nama setiap calon.


Pawan Kumar berkata, dia tersilap mengundi untuk Parti Bharatiya Janata (BJP) dalam rakaman video yang telah menjadi tular.
Menurutnya, dia mahu mengundi untuk Parti Serantau, namun keliru kerana terlalu banyak simbol pada mesin pengundian.

BJP menggunakan simbol bunga teratai manakala gajah digunakan sebagai simbol Parti Bahujan Samaj (BSP) yang bersekutu dengan dua parti serantau lain menentang parti pemerintah pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Pengundian pada Khamis lalu merupakan perkara paling penting bagi parti serantau yang menguasai politik di negeri mereka selain berdepan saingan dengan ahli politik tempatan yang berkarisma.

Seramai 900 juta pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya di India yang diadakan secara tujuh peringkat yang mana kiraan undi akan dilakukan pada 23 Mei depan.

* harap pengundi PH yang dah menyesal undi pada 9 Mei 2018 yang lepas, boleh buat perkara yang sama. Tak guna nak menangis dan cerita depan akhbar nak jumpa bekas Perdana Menteri untuk minta ampun.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..