Di kala Barisan Nasional sedang mengalami kekecewaan tewas pada Pilihanraya Umum (PRU) 14 yang lepas, rakan yang dahulu berikrar sehidup semati dengan asas perjuangan demi rakyat telah angkat kaki.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) dan Parti Progresif Penduduk (MyPPP) 'lari malam' meninggalkan Barisan Nasional setelah tewas dan tidak mempunyai apa-apa.
Kini muncul rakan Parti Cinta Malaysia (PCM) datang menawarkan diri untuk bekerjasama dan memperkukuhkan kekuatan politik di Malaysia.
Permohonan PCM tak dipendam lama, ianya terus diperbincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Kerja Barisan Nasional Malaysia, dan lampu hijau diberikan sebagai tanda setuju bergelar Ahli Bergabung Barisan Nasional atau dalam istilah lain dipanggil Friends of Barisan Nasional atau lagi tepat rakan seperjuangan Barisan Nasional.
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..