Full Width CSS

Pemimpin Dilatih Beri Propaganda Dan Menipu Isu Tabung Haji?


Salam 1.25% hibah Tabung Haji (TH) yang hiba sungguh.

Beberapa jam sebelum itu, pemimpin-pemimpin PH telah diberi taklimat mengenai ini.

Rupanya itu bukan taklimat. Tetapi, latihan propaganda PH supaya mereka senang memberi alasan menipu.


Salah satu alasan yang diberi mereka ialah "pendedahan" bahawa TH telah menyembunyikan kerugian RM10 bilion pada tahun 2017 yang sebelum semalam, tidak pernah didedahkan.

Pada bulan Nov 2018, PH pernah umum bahawa TH mengalami defisit sebanyak RM4.1 bilion kerana BN telah kejam sangat untuk terlebih bayar dividen kepada rakyat selama 4 tahun berturut-turut ini.

Masa itu, PH defisit ini dikesan dalam audit khas yang dibuat oleh syarikat audit PWC yang juga banyak diberikan kerja oleh Menteri Kewayangan.

Inipun satu yang mengejut kerana TH telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun tetapi tidak pernah ada tuduhan bahawa TH mengalami defisit.

Tetapi beberapa jam sebelum pengumuman hibah semalam, tuduhan TH sembunyi kerugian RM10 bilion untuk tahun 2017 tiba-tiba terkeluar pula.

Mengapa sorokan RM10 bilion ini tidak pernah disebut oleh PWC dan juga Jabatan Audit Negara sehingga semalam?


Okay. Itu tuduhan mereka. Satu yang saya mahu tanya.

Apakah kerugian nilai aset yang dialami pada tahun 2018?

Khazanah berani umumkan nilai aset mereka jatuh RM25 bilion untuk tahun 2018. Bagaimana pula dengan Tabung Haji?

Semasa mengumumkan Hibah semalam, mereka tidak mengumumkan kejatuhan nilai yang dialami dalam tahun 2018.

Data ini masih disorok oleh Menteri PH. Kita tahu bahawa 53 peratus dari aset TH dilabur di dalam saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Pada 2 Jan 2017, indeks Bursa adalah 1,671 mata.

Indeks naik dalam tahun 2017 ke 1,869 mata pada 2 Jan 2018.

Tetapi indeks jatuh hampir 200 mata ke 1,690 mata pada 2 Jan 2019 selepas PH ambil alih.

(Indeks jatuh 62 mata lagi dalam 3 bulan pertama tahun ini ke 1,628 mata pada 1 April 2019).

2017, indeks naik 200 mata.
2018, indeks jatuh 200 mata.

Sebenarnya, TH telah mengalami kerugian RM10 bilion pada tahun 2018 tetapi PH sedang berusaha untuk salahkan BN dengan menipu bahawa kerugian ini adalah dalam tahun 2017 tetapi disorok.

"Disorok" dengan begitu cekap sehingga Jabatan Audit Negara dan PWC tidak pernah berjaya untuk mengesannya selama ini?

PH ingat ianya senang sangat untuk menyorok kerugian RM10 bilion ke?

Masih mahu tipu?

Sumber : Whatsapp

Post a Comment

0 Comments