Full Width CSS

Penduduk Rantau Kurang Senang Kehadiran Calon PH


Penduduk di Rantau melihat calon PH sebagai seorang yang misteri latar belakang dan masih tak arif @ sekadar cukup syarat jer ambil tahu hal-hal persekitaran. Isu ketara yang dilihat adalah calon PH tidak tahu kewujudan Balai Bomba Rantau di sini pada awalnya.

Biar pun Balai Bomba ini masih baru beroperasi namun sekurang-kurangnya ia adalah hasil buah tangan Tok Mat ketika bergelar ADUN dan Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini.

Ada puak PH mempersoalkan kenapa baru beroperasi pada 18 Mac 2019 sedangkan kerajaan telah bertukar hampir setahun. Mesti sebab nak PRK, kan. Nak kata bodoh kang sentap pula.

Ini mungkin beberapa perkara yang perlu diambil kira sebagai proses penyediaan Balai Bomba ini.

1. Permohonan pembinaan Balai Bomba,

2. Tunggu kelulusan bersama lakaran arkitek, mungkin kena re-design.

3. Bajet semua tu bagai kena ambil kira sama.

4. Tender kontraktor.

5. Tempoh pembinaan.

6. Siap bina, tunggu kelulusan CF.

7. Persediaan kelengkapan.

8. Diserahkan kepada JBPM.

9. Penyerahan kepada Negeri.

10. Anggota dipindah masuk.

Takkan semua benda ni boleh siap dalam tempoh 6 bulan atau 2 bulan atau 5 hari? 🤔

* calon PH claim credit ker semasa Bomba padamkan kebakaran pada tiang elektrik di Rantau pagi semalam?

Post a Comment

0 Comments