Full Width CSS

Perhimpunan Agung UMNO 2019 Ditetapkan Pada 13 - 16 November


Seperti yang telah diumumkan oleh Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia baru-baru ini.


Berikut adalah tarikh penting untuk makluman semua ahli UMNO bagi tahun 2019.

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan 2019
15 Februari - 30 April Mei 2019
* dilanjutkan 1 bulan

Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian 2019
15 Jun - 15 Ogos 2019

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019
13 - 16 November 2019

* 1 hari tambahan akan diperuntukan bagi PAU Khas untuk meminda Perlembagaan parti.

“Kita telah pun bersetuju PAU diadakan pada tarikh 13 Nov (Rabu) – 16 Nov kerana memerlukan satu hari ekstra untuk mengadakan EGM yang mana parti sekarang sedang dalam proses untuk meminda Perlembagaan parti.

“… untuk menyesuaikan Perlembagaan parti yang mana kita ada sekarang bukan sebagai parti kerajaan, dulu kita punya Perlembagaan terlampau rigid, kita punya cadangan untuk pinda antara lainnya adalah membuka seluas-luasnya kepada orang ramai untuk menjadi ahli UMNO, untuk memberikan lebih banyak kemudahan mereka masuk sebagai ahli contohnya kita akan aktifkan kita punya keahlian UMNO-Online yang sudah dimodify dan boleh masuk dalam minggu depan.

“Banyak lagi tentang Perlembagaan terutamanya kita nak berikan kuasa autonomi sepenuhnya kepada UMNO Sabah yang mana ia menggambarkan situasi politik semasa di Sabah.”

Katanya, adalah lebih sustainable untuk jangka masa yang panjang UMNO Sabah ini diberikan status autonomi sepenuhnya agar mereka dapat urus parti di peringkat Sabah sendiri.



Post a Comment

0 Comments