Full Width CSS

PKR Sabah Bergolak, Hampir 75% Ahli Bakal Keluar Parti


Mungkin terasa kurang dibelai atau pimpinan PKR Pusat tidak lagi memberi tumpuan kepada untung nasib ahli-ahli di sini yang menjadi penyebab mengapa tindakan ini.


Pada musim pemilihan PKR yang lepas, ahli-ahli parti telah berpecah kepada dua puak iaitu Azmin Ali dan Rafizi Ramli. Sehingga kini perpecahan itu masih lagi ketara kelihatan dan tiada usaha-usaha membaik pulih parti kelihatan baik dari peringkat Negeri mahupun Pusat. 

Amaran keluar parti hampir 113,000 ahli adalah satu jumlah yang amat tinggi dan bakal melumpuhkan keseluruhan jentera PKR di sini. Untuk rekod, Sabah merupakan negeri kedua tertinggi mempunyai keahlian tertinggi.

"Mereka telah bekerja keras memastikan kemenangan PKR pada Pilihanraya Umum 14 yang lepas namun pemimpin PKR tidak diiktiraf menjadi pimpinan negeri Sabah." menurut bekas Pengarah Politik PKR Sabah, Karim Ghani. 



Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..