Full Width CSS

Sultan Mizan Bimbang Tindakan Menyentuh Kesucian Islam & Institusi DiRaja Sesetengah Pihak


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa bimbang dengan tindakan pihak tertentu yang berani menyentuh kesucian agama Islam di samping memperlekehkan institusi diraja.

Baginda bertitah, pelbagai perkara yang berlaku di negara ini akhir-akhir ini seolah-olah menggambarkan wujudnya golongan yang mahu menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan yang telah terbina sekian lama di Malaysia.


“Ada pihak yang berani me­lakukan perkara-perkara yang menyentuh kesucian agama Islam, memperlekehkan institusi diraja dan banyak lagi perkara yang berpotensi mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Beta selaku ketua agama di negeri ini mahu pihak yang ber­kenaan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara-perkara seperti itu tidak menular di ne­geri ini,” titah baginda.

“Beta menyeru supaya ke­tepikan politik kepartian dan berilah keutamaan kepada agenda rakyat dan pembangunan negeri. Beta ingin melihat negeri ini setaraf dengan negeri maju lain,” titah Sultan Mizan.

Post a Comment

0 Comments