Thursday, May 23, 2019

Bantu Rakyat Terlebih Dahulu, Baru Sembang Nak Tawar Biasiswa Lebih RM 11 Juta Kepada Rakyat Palestin


"Malaysia tiada duit. Habis kena rembat dengan kerajaan terdahulu. Najib ambil letak dalam 1MDB bla bla bla... Bantuan sara hidup rakyat pun terpaksa ditamatkan. Sebab tu PTPTN kena ada duit bla bla bla hutang negara..."

Begitulah bunyinya bila puak PH meracau di kedai kopi dan di dalam media sosial. Sembang tegak taknak kalah seolah² mereka dah sangat sempurna memerintah.


Tiba² semalam atuk kau @ Perdana Menteri umumkan lebih RM 11 juta biasiswa ditawarkan kepada pelajar² Palestin bagi pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana dan Phd di 12 universiti seluruh Malaysia Tanah Melayu.

Ehh ada duit pula nak bagi pada orang luar?


Bukan tak boleh, boleh sebenarnya membantu mereka yang memerlukan bantuan. Tetapi biarlah tanggungjawab atau kebajikan kepada rakyat sendiri terpelihara dan diutamakan terlebih dahulu. Setiap hari surat khabar siarkan kisah² keluarga Melayu yang hidup dalam kesempitan di seluruh negara menjelang Syawal ini. 

Akhbar melaporkan, rakyat sama membantu tetapi wakil rakyat terus hilang dari radar. Apa² pun paling penting, selesaikan hal dalam rumah sebelum sibuk nak bantu jiran tetangga.



2 comments:

  1. rumah aq zing terbang kna ribut pun kna cr duit sendiri repair...xde peruntukan ker

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya kerajaan memperuntukkan dana biasiswa sebanyak RM100 juta untuk menaja pelajar2 Muslim dari negara2 seluruh dunia seperti Urghur, Palestine, Bangladesh, Selatan Thai, Laos, Mindanau dan lain2 untuk belajar di Tanah Melayu.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..