Full Width CSS

Akhirnya Haziq Aziz Dipecat Dari Kementerian Industri Utama


Setelah beberapa purnama dan boleh dianggap sebagai tindakan yang agak lembab seperti keadaan ekonomi negara kini, Kementerian Industri Utama membuat keputusan memecat perkhidmatan Haziq Aziz.




Jawatan yang disandang sebelum ini merupakan lantikan politik, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Shamsul Iskandar Md Akin.

"Pihak kementerian memandang perkara tersebut sebagai satu pelanggaran nilai, etika dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa termasuk Perintah Am serta Perjanjian Kontrak.

"Sehubungan itu, Kementerian telah mengambil langkah menamatkan kontrak perkhidmatan beliau berkuat kuasa pada 18 Jun 2019," kata kementerian itu hari ini.



AMK masih lagi berbulu dengan kepimpinan PKR Pusat yang belum membuang keahlian Haziq daripada parti kerana memalukan mereka. Baca sini

Begitu juga dengan Zuraida yang terasa amar kecewa kerana tiada tindakan pantas seperti membuang keahlian Haziq yang ternyata sengaja berniat jahat terhadap parti tersebut. Baca sini


Post a Comment

0 Comments