Full Width CSS

[Bahagian Ketiga] Mengapa UMNO Tidak Lagi Perlukan Mahathir


MAHATHIR DAN UMNO

KETIGA, jika UMNO menerima Mahathir, beliau akan membawa golongan opportunist, pengkhianat yang telah lompat parti, kroni-kroni dan kronisme, nepotisme serta politik kotor dan politik wang balik semula ke dalam UMNO.

Sekiranya ini berlaku, maka tidak akan ada pembaharuan dalam UMNO.



Dan selagi ini berlaku, selagi itulah rakyat rata-rata tidak akan menerima UMNO kembali dan kita tidak akan berjaya memikat hati mereka dan menang pilihanraya umum dan membentuk semula kerajaan.

Sebelum ini Mahathir telah mengkhianati UMNO sekurang-kurangnya tiga kali.

Mahathir pernah bergaduh dengan Tunku Abdul Rahman dan dipecat dari UMNO.

Mahathir diselamatkan oleh Tun Razak namun bergaduh pula dengan Tun Hussein Onn.

Mahathir telah keluar dan mengkhinati parti dan menjatuhkan Pak Lah dan Najib apabila Pak Lah dan Najib tidak mengikut telunjuknya.

Jika kita ditipu dan dikhianati sekali oleh seseorang mungkin itu perkara biasa.


Tetapi jika kita ditipu dan dikhianati tiga kali oleh orang yang sama, maka bodohlah kita jika kita membiarkan diri kita ditipu dan dikhianati lagi olehnya.

Tidak seperti Mahathir, hampir semua ahli UMNO kini tidak pernah lompat parti, mereka adalah orang-orang yang setia kepada perjuangan parti.

Orang-orang yang keluar masuk parti seperti Mahathir bukanlah seseorang yang mengutamakan prinsip perjuangan namun hanya memperjuangkan kepentingan diri sendiri.

Jika kita terima Mahathir lagi, maka kita akui bahawa prinsip tidak penting dalam perjuangan dan sesiapa sahaja boleh keluar masuk parti bila parti tidak sehaluan dengan kepentingan dirinya.

Jika kita terima Mahathir lagi, kita juga terima bahawa kita tidak ada kekuatan sendiri dan masih perlu bergantung kepada Mahathir yang telah beberapa kali menghina dan menjatuhkan kita sebelum ini.

Jika kita terima Mahathir lagi, di manakah letaknya harga diri dan maruah kita?

MAHATHIR, ANWAR, EKONOMI DAN RAKYAT

UMNO tidak perlukan Mahathir lagi. UMNO juga tidak perlukan Anwar. Zaman kedua-dua mereka ini sebenarnya telah berlalu 20 tahun yang lalu.

Mahathir dan Anwar bukan mahu menolong UMNO, tetapi hanya mahu menggunakan UMNO untuk kepentingan politik diri mereka sendiri.

Dan kedua-dua mereka pernah dan sedang bersekongkol dengan DAP untuk menghancurkan UMNO.


Siapa yang masih percaya kepada Mahathir dan Anwar, tidak pernah belajar dari sejarah atau masih menipu diri mereka sendiri atau tidak yakin dengan keupayaan diri sendiri.

Walaupun Mahathir pernah mendabik dada dan mengaku beliau adalah penyelamat krisis ekonomi 1997-1999 yang terburuk dalam sejarah Malaysia dahulu, sebenarnya Mahathir dan Anwarlah yang menjadi punca berlakunya krisis tersebut (saya akan menulis berkenaan ini dalam esei akan datang).

Dan kini dengan bantuan DAP mereka akan menghancurkan ekonomi negara sekali lagi.



Jika kita mahu Malaysia yang benar-benar baharu, kita perlu mencari pemimpin-pemimpin baru, iaitu yang bersih, bermoral dan berpengetahuan.

Jika tidak kita akan terus tersangkut di takuk lama dengan politik dan cara pentadbiran yang lama. Jika ini berlaku rakyat yang akan sengsara.

Sudah tiba masanya untuk UMNO berdiri di atas kaki sendiri tanpa Mahathir.


Penulis
ISHAM JALIL

Post a Comment

2 Comments

  1. MERAYU SAYU HAZIQ MINTAK PERHATIAN SEX SEMBURITNYA
    KAPTEN KUNYIT BUAT BUTA SEBELAH MATA NYA
    THOR KEGEMARAN SIBANGKA DNG KEPTEN KUNYIT YAA
    THOR@KEPTAN KUNYIT SEMBURIT DI MESIA NO HAL PUNYA


    KIKIKIKI... KAPTEN KUNYIT@THOR MALAYSIA KATA SCANDAL SEX BERSEMBURIT SESAMA JANTAN TIADA MASALAH JADI PEMIMPIN DII MESIA NI... KO RASEEE..??

    MACAIII TEPUKKKK...!!!

    KO RASE....???


    miajalipahJR

    ReplyDelete
  2. cukup cukup lah bagi muka kepada pengkhianat bangsa melayu yang memecahkan melayu sejak zaman tengku lagi, sedarlah dan bangun lah semula dengan nawaitu membela ugama bangsa dan negara.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..