Full Width CSS

[Bahagian Pertama] Mengapa UMNO Tidak Lagi Perlukan Mahathir


Kerajaan PH di bawah Dr. Mahathir kini telah membekukan akaun-akaun UMNO.

Mahathir dan kerajaan melalui SPRM telah memfailkan tuduhan ke atas 41 individu dan entiti berkaitan UMNO untuk melucut hak harta.


Mahathir berkata dia boleh membankrapkan UMNO jika dia mahu. Ini semua adalah untuk menekan UMNO supaya tunduk, akur dan melutut kepada beliau.

Beliau juga mahu memaksa lebih ramai pemimpin-pemimpin UMNO untuk melompat masuk partinya.

Jika UMNO berdegil juga Mahathir mempunyai pilihan untuk mengharamkan UMNO.

Namun Mahathir tahu UMNO tidak boleh dipecahkan dari luar.

Apa yang sebaliknya Mahathir akan dan sedang buat untuk melenyapkan UMNO ialah melemah dan memecahbelahkan UMNO dari dalam, seperti yang beliau sedang buat kepada PKR kini.

Mahathir akan cuba menunjukkan seolah-olah UMNO masih memerlukan beliau lantas "menjemput" beliau kononnya untuk "menyelamatkan" UMNO.

Namun terdapat tiga sebab mengapa UMNO sebenarnya tidak lagi perlukan Mahathir, malah adalah memudaratkan UMNO jika Mahathir kembali:

MAHATHIR, PPBM, PKR DAN DAP

PERTAMA, Mahathir bukanlah orang yang berprinsip dan setia kepada rakan dan perjuangan.

Setiap kali Mahathir tertekan dengan partinya, dia akan bekerjasama dengan musuh, dan mengkhianati partinya.


Dulu Mahathir telah banyak kali buat begini kepada UMNO apabila UMNO tidak mengikut katanya dan dia telah melompat masuk PH untuk bekerjasama dengan DAP menentang UMNO.

Kini Mahathir tertekan pula dalam PH. Kali ini Mahathir mempunyai masalah dengan Anwar sekali lagi. Dan Mahathir pernah menggertak untuk keluar PH.

Mesej yang ingin disampaikan oleh Mahathir ialah jika PH tidak ikut katanya, dia akan lompat parti seperti yang banyak kali dilakukannya sebelum ini.

Sebelum ini Mahathir telah berjanji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun, tetapi baru-baru ini tempoh tersebut dilanjutkan kepada tiga tahun pula.

Hakikatnya Mahathir tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri.

Anwar tentunya tahu akan hal ini dan Anwar terpaksa mula mengorak langkah untuk menjatuhkan Mahathir sekali lagi dan sesiapa sahaja yang Mahathir berniat melantik selain dirinya (Anwar) termasuk Azmin, Mukhriz atau Muhyiddin.

Untuk ini, pertama sekali Anwar perlu mendapatkan sokongan DAP.


Dalam PH, siapa yang DAP sokong, dialah yang akan menjadi Perdana Menteri. Ini kerana blok bukan Melayu dan bukan Islam dalam PH adalah besar.

Daripada 129 Ahli Parlimen PH (DAP, PKR, PPBM dan PAN), majoriti atau lebih daripada separuh daripadanya adalah Ahli Parlimen bukan Melayu dan bukan Islam.

Jika kesemua Ahli Parlimen UMNO masuk PPBM sekalipun, ia tidak akan mengubah hakikat bahawa PH adalah gagasan kuat bukan Melayu yang dikuasai DAP.

Sebab majoriti atau lebih 70% daripada pengundi PH dalam PRU-14 yang lepas adalah bukan Melayu dan bukan Islam ke atas mana DAP mempunyai pengaruh yang kuat.

Dan ahli-ahli Parlimen UMNO yang melompat masuk PPBM dilihat secara langsung bersekongkol dengan DAP, oleh itu akar umbi dan penyokong-penyokong Melayu yang telah mengundi mereka (bekas Ahli Parimen UMNO yang melompat parti) sebelum ini tidak akan mengikut mereka malah mencemuh mereka sebagai pengkhianat.

Inilah yang telah berlaku kepada enam bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang telah melompat parti sebelum ini.

Apabila mereka bertanding semula di kawasan mereka atas tiket PH pada PRU-15 akan datang, besar kemungkinan mereka akan tewas.


Sebab inilah sejak tahun lepas saya telah berkata adalah lebih baik jika pemimpin-pemimpin UMNO beristiqamah bersama akar umbi dalam UMNO dan berjuang bersama PAS kerana peluang BN dan PAS untuk menang pilihanraya dan membentuk kerajaan dengan cara ini adalah lebih cerah untuk membawa perjuangan yang lebih lurus dan ikhlas untuk orang-orang Melayu dan Islam.

Walaupun ada orang kata DAP kini menyokong Anwar, saya tidak rasa tanggapan ini benar.

Jika DAP menyokong Anwar, sudah lama Anwar telah boleh menjatuhkan Mahathir dan menggantikannya sebagai Perdana Menteri, tetapi ini tidak berlaku.

Anwar masih menunggu dan bermain selamat. Dia tidak pasti DAP sebenarnya menyokong siapa. DAP masih menyokong Mahathir. Namun Mahathir tidak mahu orang Melayu tahu yang dia rapat dengan DAP atau mendapat sokongan dan mengikut telunjuk DAP.

Jika orang Melayu percaya yang DAP menyokong Anwar dan bukan Mahathir, ini akan menguntungkan Mahathir dan merugikan Anwar dari segi politik. Ini yang Mahathir mahu.

Hakikatnya, adalah lebih menguntungkan kepada DAP jika mereka menyokong Mahathir daripada mereka menyokong Anwar.

Ini adalah kerana parti Mahathir adalah parti yang kecil, oleh itu selagi Mahathir menjadi Perdana Menteri DAP yang lebih besar boleh memeras lebih banyak konsesi dari Mahathir kerana Mahathir amat memerlukan sokongan DAP untuk kekal menjadi Perdana Menteri.


Penulis
ISHAM JALIL

Artikel seterusnya Bahagian Kedua (2)

Post a Comment

0 Comments