Full Width CSS

Berkat Doa & Sokongan Rakyat Malaysia, Alhamdulillah Pembedahan Adik Ainul Mardhiah Berjaya


Kisah adik Ainul Mardhiah yang menjadi tular dan mendapat perhatian rakyat Malaysia yang prihatin sebelum ini telah dilaporkan selamat menjalani pembedahan kelmarin. Ainul yang menghidapi kanser mulut 'Germ Cell Tumor' yang sebelum ini seperti sesuatu di mulutnya kini kelihatan ceria dan tiada lagi tumor tersebut.


Melihat kepada gambar dan video adik Ainul, membuatkan hati ramai rakyat Malaysia sebak dan gembira dengan kejayaan pembedahan ini.

Doktor pakar pelatih surgikal, Dr. Nur Amalina Che Bakri, yang memulakan inisiatif sehingga berjaya membawa Ainul Mardhiah dan ibu bapanya ke London berkata selepas bertarung selama lima jam dalam dewan bedah, tumor seberat 200 gram berjaya dibuang daripada mulut bayi itu.


Semoga adik Ainul terus diberikan kesihatan yang baik dan sama² kita berdoa untuknya.

Post a Comment

3 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..