Full Width CSS

Cik Puan Muda Julita Isteri Tengku Muda Pahang Kemalangan


Makluman awal yang diperolehi menerusi rangkaian WhatsApp awal petang tadi.

Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff mengalami kecederaan pinggang selepas kenderaan jenis Toyota Alphard dinaikinya terlibat kemalangan dengan sebuah lori jenis Isuzu di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Mersing, Johor kira-kira pukul 9 pagi tadi.




Sementara itu, pemandu lori tersebut, Masod Daud, 53, yang berasal dari Mersing mengalami kecederaan patah kaki kanan akibat kejadian tersebut.

Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan, Mohd. Shafiq Shahdan Mohd. Ali, 24, serta pembantu rumah yang merupakan warga Filipina pula tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing menerusi kenyataan berkata, kenderaan dinaiki Cik Puan Julita Aishah yang merupakan isteri Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah itu dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju Kuantan.

“Semasa tiba di tempat kejadian, dipercayai pemandu MPV telah memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan sebuah lori di bahagian sisi kanan.

“Pemandu lori telah dikejarkan ke Hospital Mersing.

“Cik Puan Muda Pahang serta pemandu dan pembantu rumahnya pula dikejarkan ke hospital di Kuantan (Hospital Tengku Ampuan Afzan),” kata beliau.


Kami rakyat berdoa semoga Cik Puan Muda Pahang kembali pulih seperti sediakala. Semoga Allah bersama-sama hambaNya yang dirahmati. 


Post a Comment

0 Comments