Full Width CSS

Jika Bukan Bomba Yang Buat, Siapa Yang Patut Lakukan Tugas Tu? - Pemilik Ku****


Seawal jam 7 pagi dengan melalui pelbagai rintangan termasuklah kesesakan lalu lintas, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikerah untuk menjalankan satu misi yang agak pelik tetapi benar kerana ianya melibatkan hidup & mati.


Hanya kerana ikan keli tersebut telah menyengat kucing peliharaannya sehingga mati, wanita menghubungi bomba untuk menangkap ikan itu hari ini.

Jurucakap JBPM Selangor berkata, pihaknya sudah menerangkan kepada wanita itu ia bukan kes kecemasan yang memerlukan tindakan bomba.

“Wanita itu mempertikaikan jika bukan bomba yang buat, siapa sepatutnya melakukan tugas itu.

Katanya, petugas bilik kawalan memaklumkan bahawa ianya bukan kes kecemasan namun setelah jawapan tersebut diberikan, petugas bilik kawalan terus menghubungkan ke pusat gerakan operasi dan untuk menangkap ikan berkenaan.

“Ikan terbabit berjaya ditangkap dan kini disimpan di balai bomba".

Mungkin nasib ikan tersebut akan duduk bahagia di balai bomba tersebut atau menjadi menu makanan apabila tiba pertengahan bulan.

Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..